
PRU13: Anwar ramal majoriti minimum 10 kerusi
Pakatan Rakyat akan memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang dengan majoriti lebih daripada 10 kerusi parlimen dan menguasai sekurang-kurangnya enam daripada 13 negeri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih 50 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan di Lahad Datu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas).
Katanya, pasukan keselamatan yang bergerak di tiga kawasan di Lahad Datu - Kampung Tanduo, Tanjung Batu dan Tanjung Labian - tidak bertembung dengan pihak musuh dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketika Pakatan Rakyat menyuarakan kebimbangannya kerana lebih 28 peratus daripada 500,000 pengundi baru di Selangor tidak dapat dikenalpasti, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkannya sebagai "biasa" memandangkan mobiliti di negeri ini adalah tinggi.
Seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung insiden keganasan pada ceramah di Bukit Katil malam tadi.
Ia berikutan keputusan panel hakim tiga anggota Mahkamah Rayuan di Putrajaya menolak rayuan syarikat itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan kes itu dipindahkan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke Mahkamah Tinggi Kuantan.
Puteri Jacel berkata, Azzimuddie bercakap kepada salah seorang saudaranya melalui telefon awal hari ini, menyatakan bahawa beliau dan kumpulannya selamat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan khabar angin kononnya 700 penceroboh militan akan memasuki Sabah untuk mencetuskan huru-hara di negeri itu.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berpendapat isu kerajaan sementara "tidak timbul" sekiranya pembubaran parlimen atau DUN dilakukan sebelum tempoh penggalnya tamat.
Bapa Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.
Tiga NGO menyerahkan memorandum kepada kedutaan Filipina pagi tadi bagi menggesa kerajaan negara itu campurtangan untuk menghentikan pencerobohan di Lahad Datu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata seorang jeneral penceroboh bersenjata Sulu yang dibunuh pasukan keselamatan semalam, bukan Azimuddie Kiram- adik Sultan Sulu Jamalul Kiram III, yang mengetuai kumpulan tersebut di Sabah.
Sultan Sulu Jamalul Kiram menolak tuntutan di Kuala Lumpur supaya pengikutnya menyerah diri tanpa syarat dan sebaliknya beliau mencadangkan pertukaran tawanan.
Kerajaan Selangor menerusi anak syarikatnya Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) sedang menimbang untuk mengambil alih operasi air daripada SYABAS terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan syarikat pemegang konsesi air lain.
Pencerobohan militan Filipina di Lahad Datu, Sabah tidak boleh disamakan dengan insiden berdarah kumpulan pemberontak Al-Maunah di Bukit Jenalik, Sauk, Perak, pada Julai 2000, kata bekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said.