
Pendakwa tidak rayu pembebasan Razak
Timbalan Pendakwaraya, Tun Majid Tun Hamzah mengesahkan bahawa pendakwa tidak akan memfail rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan penganalisa politik, Abdul Razak Baginda, daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya Shaariibuu.
Exco Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim berkata beliau tidak akan berganjak daripada keputusannya untuk bertanding jawatan naib ketua pergerakan itu Mac depan.
Bagaimanapun, Azhar yang juga Setiausaha Umno Pulau Pinang, berterima kasih dan menghargai kesungguhan kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri Lim Guan Eng atas inisiatif itu.
Ketua Wanita Umno Pahang Datuk Maznah Mazlan berkata, jika berlaku pertandingan bagi jawatan ketua Wanita, Datuk Kamilia Ibrahim akan menang percuma bagi naib ketua.
Selepas 10 tahun, gerakan reformasi pada tahun 1998 yang tercetus ekoran pemecatan timbalan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, disifatkan "mendapat kemenangan kecil di sebalik kekalahan besar".
MCA membantah keras cadangan bekas Ketua Hakim Negara (CJ), Tun Abdul Hamid Mohamad supaya undang-undang lazim dan undang-undang Syariah di negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, diharmonikan melalui penggabungan kedua-dua mahkamah sivil dan syariah.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 20 November ini untuk mendengar rayuan pihak pendakwa bagi memindahkan perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.