Perang sesama Muslimin salah
Kedua-dua pandangan tersebut telah mengkritik dasar PM yang menyeru tidak digunakan serangan ketenteraan ke atas Afghanistan. Di sini saya amat berharap agar pembaca-pembaca mengambil kira perasaan masyarakat Islam di Malaysia. Ingatilah nasib yang menimpa masyarakat Islam terutama di Palestin dan penindasan yang telah lama berlaku terhadap orang Islam di dunia ini.
Hampir kesemua anggota tentera Malaysia adalah terdiri dari mereka yang beragama Islam. Menghantar bala tentera yang rata-rata terdiri dari mereka yang beragama Islam untuk berperang dengan mereka yang juga beragama Islam bukanlah satu perkara yang mudah.
Dari segi hukum agama Islam ia adalah salah sama sekali. Ini akan menyulitkan lagi usaha menyatukan bangsa Melayu yang merupakan tunjang kesatuan negara.
Saya tidak menyokong pengganas, juga saya bukan dari mereka yang menyokong parti Umno tetapi saya kesal kerana masih ada mereka di dalam negara yang saya cinta ini inginkan umat Islam supaya berperang sesama mereka.

