Bagi PAS, negara Islam hanya satu konsep kabur. Ia mempunya pengertian berlainan atau bertentangan antara anggota-anggota PAS sendiri.

Bagi DAP, konsep itu ditentangnya dari sudut yang sempit - satu sudut sama dengan yang dianuti oleh pihak kekuasaan/akademik yang karut sekali, yang dihubungkaitkan negara Islam seperti kegiatan pelampau, kaganasan dan pembunuhan.

Tiada makna langsung bertelagah sesama sendiri atas isu yang tidak difahamkan tepat dan padat. Apalah lagi pertelagahan dieksploitasikan oleh pihak lawan, parti Umno. Ia satu permainan politik Umno, yang hanya bermanfaat kepada BN dan merugikan BA. Dengan perkatan terus terang: ini adalah manusia yang bodoh.

Isu negara Islam sudah ditimbulkan dan menyebabkan kekeliruan fikiran rakyat. Ia tidak mungkin hilang dengan begitu saja. Ia harus dialirkan kepada satu jawatankuasa khas yang dibentuk dalam BA dianggotai oleh wakil-wakil pakatan pembangkang, yang ditugaskan khas untuk membincang, menganalisa dan merumus isu itu. Gunakan kaedah neutral, gubalkan unsur persamaan, ketepikan unsur perselisihan, dan bermusyawarah untuk mencapai titik persetujuan.

Usahakan mengeratkanlah perpaduan Barisan Alternatif, jika BA mahu bersungguh-sungguh mahu menggantikan BN berkuasa pada tahun 2004!