Dokumen peribadi Anwar hilang diadu kepada polis
Ein AzmiPublished: Feb 8, 2001 11:24 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Beberapa dokumen guaman dan perubatan milik bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hilang di biliknya di Hospital Kuala Lumpur dilaporkan kepada polis dua hari lalu.
Dokumen penting yang hilang itu ialah butiran perubatan peribadi Anwar yang bertandatangan dua pakar HKL dan dokumen guaman bertulis 'rahsia' berhubung rayuan kesnya di Mahkamah Persekutuan.
Sebuah telefon bimbit milik isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang ditinggalkan di dalam sebuah beg tangan di bilik itu juga dilaporkan hilang.
Kehilangan itu disedari selepas Anwar pulang dari Hospital Selayang pada 20 Disember tahun lalu setelah menjalani ujian imbas bagi sakit belakang (MRI scan).
Menurut laporan polis Anwar di balai Jalan Dang Wangi pada 6 Februari lalu, dua orang pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia telah menggeledah biliknya bernombor 10 di wad 28 tanpa kehadiran dan pengetahuannya.
Pihak berwajib memaklumkan kehilangan itu pada 15 Januari lalu selepas peguam Anwar, SN Nair menulis kepada Pengarah Penjara pada 5 Januari agar barang-barang itu dikembalikan. Menurut bekas pemimpin Umno itu, pihak penjara menyebutkan kes itu kini "dalam siasatan" tetapi tidak mengesahkan berlaku sebarang kecurian.
"Anak guam kami (Anwar) dan kami peguam-peguamnya berasa risau dan sangat prihatin berhubung tindakan haram oleh pihak berwajib (merampas) dokumen-dokumen penting ini," kata satu kenyataan Nair kepada malaysiakini, sambil menggesa semua dokumen itu dipulangkan segera dan pihak penjara harus menjelaskan perkara ini.
"(Kehilangan ini) boleh merosakkan atau mengganggu kes anak guam kami."
"Kami menganggap tindakan (pihakpenjara) ini sebagai satu kes kecurian dan melanggar hak perundangan anak guam kami di sisi perlembagaan," tambah Nair.

View Comments0