Pertemuan jawatankuasa teknikal Umno-PAS mesra
Ein AzmiPublished: Feb 8, 2001 10:29 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Umno dan PAS menyifatkan pertemuan jawatankuasa teknikal antara dua parti itu hari ini bagi menguruskan perbincangan berhubung, pada asalnya, isu perpaduan Melayu berlangsung dengan "mesra."
Kedua-dua pihak memberitahu malaysiakini demikian ketika dihubungi selepas pertemuan itu di Hotel Nikko, Ampang selama tiga jam tengahari tadi.
Dua pihak bersetuju dengan tempat, agenda, format perbincangan dan jumlah perwakilan daripada setiap parti untuk pertemuan di peringkat pemimpin tertinggi. Bagaimanapun, Umno dan PAS tidak bersedia menjelaskan butiran lanjut itu.
Mereka akan membawa butiran itu kepada jawatankuasa parti masing-masing dalam masa terdekat. Bagaimanapun satu pertemuan lagi di peringkat jawatankuasa teknikal akan diadakan minggu depan sebelum perbincangan pemimpin tertingggi Umno-PAS diputuskan.
Selain Setiausaha Agung Tan Sri Khalil Yaakob, yang juga Menteri Penerangan sebagai ketua, jawatankuasa teknikal Umno diwakili setiausaha kerja Majlis Tertinggi Senator Tengku Adnan Tengku Mansor, setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Dusuki Ahmad dan wakil rasmi ibupejabat parti itu, Abu Khamis.
Jawatankuasa teknikal PAS diketuai oleh Setiausaha Agungnya Nasharudin Mat Isa dan dianggotai oleh setiausaha politik kepada Ketua Pembangkang Dr Mohd Hatta Mohd Ramli, Pengarah Urusan Harakah Datuk Hishamuddin Yahya dan Dr Abdul Wahab Ismail.
Ramai wartawan berkumpul di hotel itu, bagaimanapun tiada sebarang sidang akhbar diadakan.

View Comments0