Ugutan KWSP, tindakan terdesak
Banyak keputusan dan tindak-tanduk pihak KWSP menimbulkan ketidakpuasan di kalangan pencarum. Keputusan-keputusan ini juga didapati diteruskan walaupun dibantah secara sah oleh pemcarum-pencarum.
Proses membuat keputusan juga tidak sebegitu telus menimbulkan ketidakpuasan dan seterusnya syahwasangka dengan tiadanya penjelasan dari pihak KWSP yang meyakinkan ke atas cadangan-cadangan membalas yang sangat berasas.
Pihak MTUC dan pertubuhan-pertubuhan lain menyatakan teguran-teguran atas keperihatinan terhadap kesejahteraan para pencarum-pencarum yang berhak sepenuhnya ke atas simpanan mereka. Teguran-teguran ini sepatutnya mendapat layanan yang sewajarnya. Teguran dan kritikan perlu diambil secara positif dan perlu memberi penjelasan ataupun jika sebaliknya membetulkan keadaan.
Sebaliknya ugutan dengan tindakan undang-undang memberi gambaran bahawa pihak KWSP ingin menyelindung sesuatu. Apalah bezanya antara pihak KWSP jika tindakan sedemikian juga memburukkan nama baik dan kredibiliti satu pertubuhan rakyat yang tugas utamanya adalah untuk membela ahli-ahli terutama yang terpinggir dan tiada upaya untuk menyatakan pendirian.
Baik pemimpin politik ataupun koperat harus besar hati menerima kritikan dan menggalakan kritikan seburuk yang mungkin kerana tanpa pandangan dari pihak luar perubahan sukar dijana.

