Gabungan PRM-Keadilan disokong
Haniza M TalhaPublished: Jun 15, 2001 9:50 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Saya ingin menarik perhatian tuan berkaitan artikel bertajuk Gabungan PRM-Keadilan diputuskan Julai (Jun 13). Saya ingin mengungkap perenggan berkaitan pendirian Wanita PArti Keadilan Nasional:
"Bagaimanapun malaysiakini difahamkan Wanita parti itu kurang selesa dengan penggabungan itu kerana bimbang peranan mereka akan hilang."
Andaian atau tanggapan ini tidak benar sama sekali kerana saya sebagai salah seorang ahli MPT dan merangkap Setiausaha Wanita Keadilan telah berada dalam mesyuarat MPT dan exco Wanita menyokong penuh penggabungan PRM-Keadilan serta melihatnya sebagai suatu sinergi yang menguntungkan Wanita dan sekaligus parti keseluruhannya.
Kenyataan laporan tersebut tidak menggambarkan pendirian Wanita Keadilan sama sekali.
View Comments0

