Saya merasa amat terkejut bila pihak tuan menyiarkan surat bertajuk 'Eusoff spills the beans' (June 13) oleh observer yang secara jelas cuba menimbulkan sangkaan buruk kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin.

Sayang sekali kerana penulis tersebut mungkin tidak terdidik dalam sistem pendidikan Malaysia menyebabkan beliau tidak begitu faham mengenai sistem westminister dan raja berpelembagaan yang diamalkan di negara ini.

Ini menyebabkan penulis tersebut mempertikaikan kenyataan Eusoff bahawa beliau telah berkhidmat kepada kerajaan selama 46 tahun.

Menurut penulis tersebut, Eusoff sepatutnya berkhidmat dengan kehakiman bukan kerajaan. Daripada keseluruhan surat tersebut ternyata beliau cuba menimbulkan keraguan sama ada Eusoff menjadi alat eksekutif dalam bidang kehakiman.

Bagi mengelakkan fitnah dan kekeliruan adalah wajar difahami bahawa kenyataan Eusoff tersebut adalah tepat bahawa beliau berkhidmat dengan kerajaan.

Di Malaysia, kerajaan terdiri daripada tiga komponen iaitu, Eksekutif (kabinet), Legislatif dan Kehakiman. Di atas ketiga-tiga ini ialah Yang di Pertuan Agong yang dikenali sebagai raja berpelembagaan.

Justeru berada dalam komponen mana pun ia tetap dipanggil berkhidmat kepada kerajaan.

Malangnya, seorang penulis yang tidak berani menggunakan nama betul ini secara sewenang-wenang ingin menunjukkan bahawa beliau dapat menghidu kesongsangan Tun Eusoff hingga akhirnya memalukan diri sendiri.

Beliau bernasib baik menggunakan nama samaran menyebabkan sesiapa pun tidak tahu siapa beliau.

Untuk penulis yang menggunakan nickname observer elok belajar lebih banyak sebelum menulis yang boleh merosakkan maruah dan harga diri orang lain. Menulis menggunakan nama samaran ni memang seronok kerana kalau berlaku kerosakan pun tidak perlu bertanggungjawab. 'Shame on You!'

Kepada editor malaysiakini, saya harap tidak timbul lagi fitnah seperti ini yang bertujuanmerosakkan imej orang tertentu disiarkan secara sewenang-wenangnya oleh pihak tuan.