Tidak puas hati, pindah saja
Kesimpulannya surat-surat itu memperkatakan perkara yang sama iaitu campurtangan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik dalam akhbar The Star sehingga menjadikan akhbar itu tidak bebas.
Nampaknya, ketiga-tiga penulis tidak puas hati dan 'marah-marah' dengan Ling Liong Sik.
Oleh kerana rasa tidak pusahati saudara-saudari sudah mencapai tahap 'serius', pohonlah kerja dengan akhbar yang lebih bebas di luar negara kerana di Malaysia (sebagaimana didakwa) tidak ada satu pun akhbar arus perdana yang betul-betul bebas.
Atas dasar prinsip, mereka perlu tinggalkan akhbar Inggeris itu. Mengapa harus menunggu lebih lama di sebuah akhbar yang mereka sendiri sudah 'hilang keyakinan'?
Journalists From The Star dan Star Executive perlu mencontohi tindakan Ex-Star Journalist yang telah berhenti dari The Star, walaupun akhbar itu satu-satunya yang mampu memberikan 'bonus dan ex-gratia' paling tinggi di kalangan akhbar arus perdana.
Atas dasar prinsip dan maruah diri juga, mereka perlu lupakan tarikan bonus dan ex-gratia yang lumayan itu.
Ingatlah, prinsip dan maruah diri mengatasi segala-galanya - wang ringgit sekalipun!

