Kenapa sekarang bising-bising?
Sekarang wartawan akhbar Nanyang Siang Pau dan China Press dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina bising apabila akhbar-akhbar itu diambil alih oleh MCA. Tetapi apa mereka buat apabila Detik, Eksklusif dan Al-Wasilah diharamkan tahun lalu?
Awal tahun ini, kerajaan mengecam dan memburuk-burukkan Malaysiakini.com, apakah yang dibuat NGO, selain mengeluarkan kenyataan?
Lihat sikap Kami sendiri, apakah pendirian Kami dalam isu pengambilalihan akhbar Nanyang dan China Press? Mereka berdiam diri sahaja!*
Memang betul tulisan Fathi itu, begitu banyak tekanan; tetapi Barisan Alternatif dan NGO hanya berdiam diri. Kes-kes yang Fathi tulis itu rupa-rupanya sangat banyak tetapi kenapa rakyat (khususnya BA dan NGO) tidak marah, tidak bising dan tidak mengamuk?
Itulah sebabnya kerajaan makin berani. Kini, seperti ditulis Fathi, kerajaan hendak mengawal Internet. So what?
Sepatutnya, jangan tulis "takziah untuk wartawan". Sepatutnya, ditulis 'padan muka wartawan'!
* Nota Editor: Untuk kenyataan Kami, Keadilan dan DAP, sila rujuk berita di bawah.

