Bila isu PTPTN akan selesai?
Ibu Terkilan<br>PJPublished: May 26, 2001 5:25 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Merujuk kepada surat saya yang dikeluarkan oleh malaysiakini pada bulan April yang lepas, saya masih terkilan kerana tiada apa-apa perkembangan terhadap isu Perbadanan Tabung Pendidkan Tinggi Nasional. Sampai bila kami selaku rakyat terpaksa menunggu?
Kami sudah hilang sabar, hak anak-anak kami telah dinafikan oleh pihak kerajaan. Terbukti bahawa anak-anak Melayu mampu cemerlang dalam pelajaran, cuma kerajaan yang memilih bulu dalam memberikan biasiswa kepada mereka yang menyokong kerajaan sahaja.
Cukuplah sandiwara yang dimainkan pihak kerajaan. Kami sudah jemu dan bosan. Sikap tidak bertanggungjawab dalam menangani isu PTPTN jelas menunjukkan kerajaan sekarang patut diundi keluar. Hak rakyat masih tidak dikembalikan malah dinafikan. Pembelajaran anak-anak saya terganggu dengan tiada bantuan kewngan daripada kerajaan yang memegang wang rakyat.
Isu PTPTN harus diselesaikan segera. Kemasukan pelajar baru telah berlangsung. Adakah mereka akan menerima nasib yang sama?
View Comments0

