Suara rakyat disekat lagi
Kedua-dua akhbar ini bebas daripada kerajaan pemerintah, sekurang-kurangnya dari segi berita-berita yang disiarkan tidak berat sebelah; sebagai contoh, kejadian perhimpunan di Jalan Kebun yang di luar dugaan pada suatu masa dahulu, telah disiarkan oleh kedua-dua akhbar Cina ini dengan benar, iaitu diberitakan hampir 100,000 ribu rakyat berkumpul, bersertakan gambar yang bewarna, berbanding dengan dalam akhbar pihak pro-kerajaan yang telah menyiarkan laporan yang bertentangan.
Tidakah saudari perasan bahawa akhbar-akhbar dan media seperti RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan yang lain yang pro-kerajaan selalu menghentam pembangkang?
Inilah yang dikhuatiri akan bakal berlaku dengan pengambilalihan Nanyang Siang Pau dan China Press oleh Star Publications, menjadikan akhbar-akhbar ini pro-kerajaan dan bertambah lagi sekatan terhadap suara rakyat yang menuntut keadilan.
Perlu diingat bahawa kedua-dua akhbar ini merupakan akhbar bahasa Cina yang terlaris di Malaysia.
Akhirkata, berkenaan kekhuatiran penulis terhadap penubuhan kerajaan Islam, ingin saya nyatakan: it is a must for a Muslim to build a Muslim country.

