Dr M bercakap selaku pemimpin Melayu
Dengan menyamakan kedudukan Dr Mahathir dengan Lim Kit Siang dalam isu kuota kemasukan universiti bermakna penulis tidak memahami situasi politik negara ini dan juga konteks kenyataan kedua-dua tokoh politik tanah air ini.
Pertama, Dr Mahathir bercakap berkenaan hak orang Melayu kerana beliau adalah pemimpin orang Melayu. Kalau beliau tidak bercakap atas perkara-perkara yang membabitkan hak bumiputera siapa lagi yang akan mewakili pandangan orang Melayu?
Keduanya, Dr Mahathir berkata "jika pelajar Melayu tidak berminat" sebaliknya Lim Kit Siang terus menggunakan alasan kekosongan (yang tidak wujud) untuk menggesa kuota dikaji semula.
Ada dua natijah daripada kenyataan ini.
Satunya ia datang daripada pemimpin Melayu dan bercakap soal hak orang Melayu.
Keduanya, ia datang dari seorang kaum Cina dan bercakap dengan nada mempertikaikan hak orang Melayu.
Senario pertama tidak mendatangkan apa-apa ketegangan kaum kerana ia merupakan perbincangan orang Melayu.
Tetapi senario kedua adalah sebaliknya apabila hak-hak orang Melayu digembar-gemburkan oleh Lim Kit Siang seolah-olah menunjukkan orang Melayu merampas hak bukan Melayu.
Selepas kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan bahawa tidak ada kekosongan yang berlaku Kit Siang terus memainkan isu ini untuk mencari keuntungan politik.
Dengan kata lain Kit Siang ingin menunjukkan orang Melayu menindas orang Cina.
Tambah mengusutkan keadaan, bila isu kuota universiti yang diperuntukkan melalui Dasar Ekonomi Baru dibincangkan secara terbuka oleh orang bukan Melayu, yang pula telah terkenal dengan dasar-dasar Malaysia.
Bila melihat keadaan ini ia akan menjurus kepada persoalan perkauman yang perlu ditangani secara berhati-hati.
Apa yang Kit Siang lakukan sama dengan jikalau pemimpin Umno membangkitkan persoalan kewujudan sekolah-sekolah Cina yang nyata sekali bertentangan dengan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara.
Apa akan terjadi sekiranya pemimpin Melayu dan akhbar Melayu mula mempertikaikan kewujudan sekolah Cina dan penggunaan bukan bahasa Malaysia yang keterlaluan sekarang ini?
Sudah tentu ini akan menimbulkan ketidak puasan hati dan situasi tidak menyenangkan di kalangan orang Cina terhadap orang Melayu.
Sebaliknya, kalau yang bercakap soal penghapusan sekolah Cina dan bahasa Cina ialah Dr Ling Liong Sik dan Lim Kit Siang maka ia tidak akan mencetuskan ketengangan kaum kerana ia hanyalah debat di kalangan kaum Cina.
Inilah senario yang perlu dilihat. Inilah realiti sosio-politik Malaysia hari ini.
Hal sama berlaku sekiranya Kit Siang cuba bercakap soal Islam dalam aspek negatif atau Dr Mahathir cuba bercakap soal Buddha secara negatif. Pastinya akan menimbulkan ketegangan antara penganut agama.
Campur tangan keterlaluan pemimpin politik kaum lain dalam isu-isu keistimewaan kaum lain tentunya akan menimbulkan ketegangan kaum atau agama.
Dalam hal ini ternyata soalan wartawan Berita Harian kepada Lim Kit Siang itu tepat sekali.
Sekurang-kurang Encik Lim tidak akan menjadi 'pelampau' seperti pada era mudanya dulu. Belajarlah memahami sosio-politik Malaysia bukannya berpura-pura menjadi idealis tetapi telunjuk lurus kelingking berkait.
Kita tidak perlu terlalu idealis hingga mengorbankan pencapaian negara hari ini. Biarlah ada sedikit sebanyak kekurangan kalau ini dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan ramai rakyat.
Apa guna bercakap soal kebebasan, meritokrasi dan idealisme muluk-muluk kalau orang Cina dirogol Melayu, orang Melayu dirogol India dan kita salih bergaduh demi meritokrasi dan kebebasan yang ideal?
Sebagai rakyat negara ini saya menerima pengorbanan semua kaum demi kesejahteraan dan kemajuan bersama. Dunia tidak mungkin sempurna jadi belajarlah bertolak ansur.

