Keadilan tetap tolak perpaduan Melayu anjuran Umno
R NavanithamPublished: Jan 31, 2001 12:45 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Parti Keadilan Nasional hari ini menegaskan tetap tidak akan menerima cadangan Umno untuk mengadakan perbincangan berhubung isu perpaduan Melayu seperti diputuskan parti pembangkang itu awal bulan ini.
"Keadilan tidak akan berganjak sedikitpun daripada pendirian rasmi kami dan tidak akan terlibat dalam agenda Umno untuk membincangkan isu perpaduan Melayu," kata Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Tahir kepada malaysiakini.
"Kami ingin menegaskan bahawa laporan akhbar tersebut adalah sesuatu yang tidak benar, palsu dan bohong sama sekali."
Ahad lalu akhbar Mingguan Malaysia melaporkan bahawa parti pembangkang itu bersedia menimbangkan semula keputusannya yang sebelum ini enggan mengadakan pertemuan dengan Umno bagi membincangkan isu itu
Menurut laporan akhbar itu, Ketua Pemuda Keadilan Mohamad Ezam Mohd Noor berkata Keadilan "bersedia menyertai perbincangan ini bila-bila masa jika skop perbincangannya merangkumi kepentingan nasional."
Sementara akhbar Berita Harian semalam melaporkan kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Azmi Khalid yang menyifatkan sikap Keadilan seperti itu sebagai "sandiwara."
"Kita (Umno) masih berasa ragu dengan pendirian mereka (Keadilan) yang bertentangan (dengan pendirian awal) yang menyatakan perjuangan parti itu bukan untuk orang Melayu sahaja," katanya seperti dilaporkan.
Pada 8 Januari lalu, Keadilan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi memutuskan sebulat suara untuk menolak pelawaan tersebut.

View Comments0