Tabik kepada Jen (B) Tan Sri Mohamad Sany
Soalan kami, di mana Jeneral yang lain? Di mana ketua-ketua setiausaha negara dan negeri yang lain? Pengarah jabatan-jabatan, orang besar dan kenamaan yang lain?
Tidak munkin mereka yang pernah menjadi ketua ini tidak prihatin dan berperikemanusiaan? Tidak mungkin mereka tidak pernah kenal Anwar Ibrahim? Takkan sudah bersara pun tidak sanggup menyatakan pendirian?
Hakim telah muktamad memutuskan bekas ketua polis Abdul Rahim Noor bersalah memukul Anwar. Tentunya kerajaan Malaysia bertanggungjawab memastikan manusia bernama Anwar Ibrahim ini diberikan yang terbaik menurut pilihan beliau.
Bangkitlah dan nyatakanlah pendirian. Seorang manusia sedang dizalimi, takkan Dato-Dato dan Tan Sri-Tan Sri hendak terus berdiam diri? Ini bukan soal politik, ini soal kemanusiaan.
Janganlah Malaysia dimalukan kerana ketandusan orang-orang ternama dan terkenal yang sanggup menyatakan pendirian.
Rakyat marhain telah berbundung-bundung bangkit menyatakan pendirian, namun mereka yang ternama dan terkenal seolah-olah masih ragu-ragu. Kenapa?

