Dr Mahathir Mohamad berlakon lagi dengan mengatakan 'niat kita' hendak meletakkan gaji minimum kakitangan awam RM1,200 semata-mata hendak menceriakan majlis dan mendapat tepukan para hadirin, maklumlah beliau amat kempunan dengan tepukan gemuruh dari para hadirin yang semenjak empat tahun kebelakangan ini amat jarang kedengaran di telinganya.

Bukankah agak pelik semasa ekonomi agak kukuh dulunya Mahathir mengatakan negara akan menanggung bebanan sekiranya tuntutan gaji itu dituruti malah cukai ke atas rakyat terpaksa dinaikkan demi untuk menaikkan gaji seperti yang dituntut? Tetapi sekarang ini dalam keadaan negara semakin miskin Mahathir setuju pula untuk menaikkan gaji minimum RM1,200 sebulan. Malah beliau berkata "inilah niat kita." Apakah ini amanat Mahathir untuk mengekalkan kedudukannya?

Dalam keadaan negara-negara luar enggan lagi membeli barang keluaran Malaysia pun Mahathir sanggup membuat janji kepada rakyat Malaysia ini sepertimana janji yang pernah dibuatnya kepada kaum Cina semasa pilihanraya 1999 dahulu sehingga heboh dan kecoh jadinya apabila Suqiu membuat rayuan pilihanraya.

Sebab itulah kebanyakan kaum Cina terutamanya di kebanyakan negeri-negeri telah menggantungkan gambar atau potret Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan telah menurunkan gambar Mahathir.