Keikhlasan Menteri Pendidikan diragui
Ng Boon HooiPublished: Jan 31, 2001 2:56 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Dua hari lalu Lee Sang, 68, menghulurkan tiga biji limau Mandarin dan memorandum kepada Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Mohamad.
Lelaki tua itu meletakkan pemberian itu dalam kereta Musa. Tanpa disangka tiba-tiba limau Mandarin dan memorandum itu dilempar keluar dari kereta.
Lee, bendahari kepada 'Jawantankuasa Pertahankan Sekolah Asal (sekolah Cina di Damansara) dan Memohon Sekolah Kedua' (JPSA). Sebelum itu, beliau telah terjatuh semasa cuba mendekati menteri itu.
Pada pukul 11 pagi, Lee bersama-sama ibu bapa pelajar-pelajar Sekolah Rendah Damansara menunggu selama dua jam untuk berjumpa Musa. Namun, menteri itu enggan berjumpa mereka, malah ibu bapa diberitahu bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia itu telah beredar dari pejabatnya. Bagaimanapin ibu bapa kemudiannya mendapati Musa baru saja keluar dari pejabatnya.
Kejadian ini sukar dipercayai tetapi ia dilaporkan dalam beberapa akhbar Cina utama semalam. Apakah menteri kita tidak memahami bahawa tindakannya menolak pemberian limau, terutama semasa perayaan Tahun Baru Cina - apatah lagi melemparkannya dari kereta rasmi - dianggap kurang sopan? Apakah ini teladan yang ditunjukkan oleh seorang menteri pendidikan kepada semua pelajar di seluruh negara?
Hingga sekarang, masyarakat Cina umumnya tertanya-tanya kenapa Musa masih enggan bertemu dan berbincang dengan ibu bapa yang ingin mengekalkan sekolah Cina di Damansara.
Lembaga Pengarah dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) pula berkata Kementerian Pendidikan sudah bersetuju meluluskan permohonan mereka untuk mendapatkan tanah seluas 5.5 ekar di Tropicana, bagi menggantikan tapak sekolah yang ada kini. Lembaga itu berhujah mereka dianggap "tidak berprinsip" jika mereka masih memohon sekolah cawangan atau dua kampus.
Lembaga itu dan PIBG berhujah sekolah baru di Tropicana nanti boleh menampung kira-kira 3,000 murid. Oleh, secara perbandingan dengan sekolah sedia ada, sekolah baru itu "seolah-olah dua buah sekolah." Sekolah sekarang (yang ditutup itu) hanya boleh memuatkan kira-kira separuh jumlah itu.
Isu ini sudah lama berlarutan tetapi kementerian nampaknya tidak berupaya menyelesaikannya. Apakah satu lagi pilihanraya kecil diperlukan untuk menyelesaikannya?
Di Malaysia, dua pertiga daripada lebih 1,200 sekolah rendah Cina dibina di kampung baru atau di pekan Cina. Komuniti itu dan sekolah Cina saling berinteraksi dan telah membentuk hubungan yang rapat antara satu sama lain. Maka tidak menghairankan penduduk Kampung Baru Damansara begitu tegas untuk mempertahankan sekolah Cina di situ.
Sekolah Cina makin berkurangan
Selama 71 tahun, penghuni kampung baru itu menyumbangkan wang dan keringat untuk membangunkan sekolah itu sehingga dapat menampung 1,400 murid pada hari ini. Bagaimana penduduk dapat menerima penutupan sekolah itu hanya dengan alasan sekolah baru itu (yang belum dibina) lebih besar?
Lembaga pengarah dan PIBG sekolah itu tidak pernah mengadakan pungutan suara untuk membuktikan sokongan ibu bapa terhadap perpindahan anak-anak mereka. Kini sudah wujud rungutan di kalangan mereka yang telah memindahkan anak ke sekolah di Bandar Utama dan bercadang kembali ke sekolah Damansara jika guru disediakan.
Menurut ketua pemuda Dewan Perhimpunan Cina Selangor Jean Lee, kebanyakan anggota PIBG sekolah itu, dan ibu bapa yang berpendidikan Inggeris, tidak memahami sejarah perjuangan pendidikan Cina. Oleh itu, mereka gagal melihat gambaran yang lebih luas dalam isu ini.
"Apakah sukar bagi Kementerian Pendidikan untuk menghantar guru ke sekolah Damansara?" tanya Bock Tai Hee, ketua pentadbir gabungan persatuan pendidikan Cina, Dong Zong.
Menurutnya, tidak rasional jika sebilangan ibu bapa ingin membangunkan sebuah sekolah di Tropicana, maka sekolah Damansara itu perlu ditutup.
"Akar umbi masalah sekolah rendah Cina berpunca daripada dasar Umno yang tidak ingin menambah bilangan sekolah rendah Cina," kata Bock, sambil menambah MCA yang tunduk kepada realiti politik Barisan Nasional mencari jalan penyelesaian seperti yang terjadi sekarang.
Menurut Bock, Umno seharusnya membuang dasar seperti itu yang membelakangkan hak pendidikan bahasa ibunda dan membina sekolah baru menurut keperluan penduduk.
Pandangan Bock ini dikukuhkan lagi oleh seorang pengkaji perancangan bandar dan desa, Shum Thin Khee. Katanya sejak 1968, jumlah asal sekolah Cina 1,332 buah tetapi kini berkurangan kepada 1,284 buah. Empat puluh lapan buah ditutup dalam tempoh tiga dekad kebelakangan ini. Sementara 200 buah sekolah menghadapi risiko gulung tikar.
Bagaimanapun, bilangan sekolah rendah kebangsaan bertambah 95 peratus daripada 2,770 buah pada 1968 kepada 5,407 pada tahun 2000.
"Jika dikira bilangan pelajar dan sekolah, sepatutnya sekolah Cina ditambah 320 buah lagi tetapi bilangan sekolah itu berkurangan berbanding peningkatan jumlah pelajar," kata Shum.
Beliau menjelaskan lagi, dalam Rancangan Struktur Daerah Petaling dan sebahagian Daerah Klang yang dikemukakan pada Ogos 1995, penduduk daerah itu bertambah daripada 380,000 orang hingga 1,740,000 orang antara tahun 1980 hingga 2010, iaitu peningkatan seramai 1,360,000 orang.
Pendirian tidak tetap
Dalam perancangan itu, Daerah Petaling akan membina 153 buah sekolah rendah antara 1987 hingga 2010, termasuklah dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) - meliputi kawasan-kawasan Damansara, Tropicana dan Bandar Utama - akan membina 35 buah sekolah rendah.
Bagaimanapun katanya lagi, daripada jumlah 153 buah itu, tiada sebuah sekolah rendah Cina atau Tamil dibangunkan.
"Dalam keadaan seperti ini, sekolah rendah Cina dalam kawasan ini akan menghadapi masalah tidak dapat menampung pelajar yang ramai. Sekolah rendah Cina yang jauh pula tidak mencukupi. Oleh itu, ramai pelajar kaum itu akan kehilangan peluang belajar di sekolah Cina," kata Shum.
Menurutnya, 80 peratus penduduk Bandar Utama berbangsa Cina tetapi semua 14 buah sekolah rendah tambahan adalah sekolah kebangsaan.
"Penambahan sekolah rendah Cina tidak harus dijadikan sebagai 'gula-gula pilihanraya'," kata Shum.
Sebelum pilihanraya umum 1999 lalu, kerajaan BN berjanji untuk menambah lima buah sekolah rendah Cina cawangan dan pemindahan empat sekolah rendah Cina di Selangor dan Kuala Lumpur.
Malangnya hingga kini, tiada sebuah sekolah rendah Cina yang dijanjikan itu siap dibina kecuali Puay Chai (II) di Bandar Utama.
Ketidakikhlasan kerajaan BN menunaikan janjinya dan karenah yang dihadapi oleh sekolah rendah Cina seperti inilah yang membentuk pendirian gabungan guru dan pentadbir sekolah Cina, Dong Jiao Zong, dalam isu ini - kekalkan sekolah Damansara, bina lagi sekolah cawangan Damansara di Tropicana dan tidak memindahkan pelajar sebelum sekolah baru siap.
Pendirian yang tidak tetap Menteri Pendidikan menambahkan lagi keraguan masyarakat Cina.
Mula-mula Musa berkata jika murid yang kekal di sekolah asal tidak dapat dipujuk untuk berpindah ke sekolah baru, semua pelajar yang telah berpindah ke Puay Chai (II) harus berpatah balik ke Damansara.
Bagaimanapun apabila Lembaga Pengarah dan PIBG sekolah Damansara itu tidak berjaya memujuk mereka, menteri itu pula mengekalkan keputusan menutup sekolah itu.
Malah Musa memberikan amaran pula untuk mengambil tindakan terhadap guru sukarela yang mengajar di sebuah tokong sebagai kelas sementara. Jika begini, bagaimanakah masyarakat Cina dapat mempercayai kata-kata Menteri Pendidikan lagi?
NG BOON HOOI adalah wartawan malaysiakini

View Comments0