Rajendra dari Purplaya
Raja-raja Purplaya
melenting bila penyair Rajendra
menulis puisi-puisi
yang terkena batang hidung sendiri
Mereka masih enggan menerima
hakikat bahawa apartheid
diberi nama yang berbeza di Nusantara
iaitu hak-hak istimewa
Sang penyair hanya seorang
daripada jutaan rakyat Purplaya
yang merasa terpinggir kerana
undang-undang tidak melindungi mereka
Jangan berkumpul jangan berhimpun
jangan berbincang jangan berdiskusi
mulut mereka terkatup
telinga mereka dicekup
Golongan elit di tanah air Purplaya
yang menuntut secara lumrah
agar kekayaan negara
masuk hanya ke dalam poket-poket mereka
Penyair menjadi mangsa
seperti setiap manusia yang berani berkata-kata
kerana dalam negara Purplayaku
rakyat hanya boleh mengangguk-angguk

