ISA dibolehkan dalam Islam?
Mohamad Fadhil<br>Johor BahruPublished: Apr 22, 2001 10:15 PM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM), cukup hebat menyiarkan justifikasi menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam siaran beritanya.
Semalam, pandangan bekas tahanan ISA, Dr Kassim Ahmad, yang menyokong akta tersebut, turut disiarkan. Dr Kassim memberikan pendapatnya bahawa, dari segi Islam, tindakan penahanan menggunakan akta itu dibenarkan, dengan memberi contoh satu peristiwa antara Nabi Khaidir dan Nabi Musa. Walaupun contoh peristiwa itu tidak disiarkan dengan begitu jelas, pihak RTM telah membuat kesimpulan bahawa ISA dibolehkan dalam Islam.
Tanpa memperkecilkan pengetahuan dan ilmu Dr Kassim, saya sangat meragui kesimpulan yang dicapai ini. Sekiranya inginkan pandangan Islam, sudah tentunya pendapat dari kalangan ulama, mufti-mufti mahupun Majlis Fatwa Kebangsaan lebih bernilai. Sedangkan dalam Islam pun, jika seseorang itu niat untuk melakukan sesuatu yang tidak baik, tetapi akhirnya tidak melakukannya, belum lagi berdosa. Inikan pula undang-undang manusia, belum terbukti niat tidak baiknya, sudah dihukum sebegitu (ya, menahan seseorang itu tanpa bicara sememangnya sudah satu hukuman).
Liputan berita RTM kini terlalu cenderung menengahkan hujah-hujah menyokong tindakan pihak berkuasa tanpa mengira batasan kebenaran serta etika kewartawanan. Terdahulu dari ini, RTM ada menyiarkan berita yang menyelar akhbar elektronik malaysiakini secara bertubi-tubi. Tidak cukup diserang sekali, malah berterusan untuk beberapa malam, sampai `visual' yang sama terpaksa diulang-ulang bagi mengiringi rencana. Siaran sebegini, dahulunya dipraktikkan oleh TV3 ketika suasana pilihanraya.
Kita semua memang sedia maklum, media tempatan dikuasai pihak tertentu. Janganlah diperkecilkan kematangan rakyat dalam mencari pandangan yang berbeza melalui media alternatif.

View Comments0