Saya terpanggil untuk menyatakan rasa terkilan dan kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh Menteri Pendidikan, Musa Mohamad ([#1]Minister's bodyguard receives students' memo[/#], April 17).

Beliau tidak mampu menyelesaikan perkara seremeh ini, bagaimana pula ingin memajukan pendidikan negara? Saya mewakili ibu-ibu seluruh rakyat Malaysia inginkan keadilan terhadap anak-anak kami. Jangan biarkan pendidikan negara dikotori dan dicemari tindakan Menteri Pendidikan yang cukup mengecewakan.

Anak saya seramai tiga orang yang berada di universiti tempatan terpaksa menanggung bayaran pembelajaran yang cukup tinggi dan membebankan. Kemana perginya wang yang kami salurkan kepada kerajaan melalui cukai dan bermacam-macam bayaran yang dikenakan? Di manakah letaknya kredibiliti kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan?

Bagaimana yang dikatakan hak asasi rakyat jika pihak yang berautoriti bersikap sambil lewa dalam menjalankan kewajipan mereka? Ini merupakan suatu penghinaan terhadap mahasiswa dan rakyat khususnya.