Pingat: Dua exco Kelantan dianiayai
Ng Boon HooiPublished: Jan 29, 2001 11:29 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Penarikan darjah kebesaran dua anggota majlis mesyuarat kerajaan (exco) oleh Sultan Kelantan awal bulan ini semata-mata untuk memalukan dan menganiayai mereka, dakwa seorang pemimpin Pemuda PAS negeri itu.
"Kedua-dua mereka dianiayai, dan tindakan ini semata-mata untuk memalukan mereka," kata Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan Zulkifli Yacob kepada malaysiakini.
"Kita rasa malu kerana tidak tahu apakah puncanya. Rakyat hendak tahu dan kita (PAS) ingin tahu apakah yang salah," katanya, sambil menegaskan pihak istana perlu menerangkan tindakan itu.
Pada 9 Januari lalu, Istana Kelantan menarik balik Surat Tauliah dan Darjah Kebesaran daripada Ketua Dewan Ulamak PAS negeri Mohamed Daud dan Ketua Pemuda PAS negeri Takiyuddin Hassan tanpa menjelaskan sebarang sebab.
Menurut laporan akhbar, penarikan balik itu dipercayai ekoran bantahan mereka terhadap permohonan tanah oleh pihak istana pada mesyuarat khas 7 Januari lalu. Bagaimanapun Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Wan Mohamad Wan Konok berkata penarikan itu hak mutlak Sultan seperti termaktub dalam Perlembagaan Tubuh Negeri dan tidak wajar dikaitkan dengan pihak istana.
Bagaimanapun, ketika mengulas isu itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Rais Yatim berkata pingat kebesaran yang dikurniakan kepada seseorang tidak boleh ditarik balik kecuali penerima seorang penjenayah.
Wan Mohamad juga menafikan penarikan itu ada hubungan dengan permohonan tanah.
Menurut laporan Sin Chew Jit Poh hari ini, Zulkifli memberikan tempoh satu minggu bermula pada Jan 27 lalu kepada Istana Kelantan untuk membuat penjelasan.
Zulkifli berkata jika pihak istana terus berdiam diri, Pemuda PAS negeri akan mengadakan "roadshow" (jelajah) untuk memberi penjelasan kepada rakyat.
Pada tahun 1985, seorang pemimpin veteran Umno Kelantan Tan Sri Hussin Ahmad pernah ditarik gelaran Datuk dikurniakan pada tahun 1979.
"Masa itu beliau (Hussin) berdiam diri sahaja. Tetapi kini jika kita tidak berbuat apa-apa, istana akan tarik pingat sesiapa sahaja," kata Zulkifli.
Pemuda PAS Kelantan dan Dewan Ulama negeri itu akan bertemu esok bagi membincangkan hal tersebut dan mencari kata sepakat mengenainya.

View Comments0