Syabas PAS-Terengganu
Penduduk KLPublished: Apr 11, 2001 3:17 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Saya mengucapkan syabas kepada kerajaan PAS Terengganu atas usaha menghadkan orang meminum arak dikhalayak ramai dan semoga Allah terus menambah rahmat kepada kerajaan Terengganu dan rakyaatnya termasuk yang bukan Islam.
Penentangan oleh sebahagian bukan Islam terhadap peraturan ini hanyalah bersifat sementara sahaja. Mereka pastinya akan faham dengan sendirnya nanti akan kebaikan peraturan ini.
Penentangan seperti ini pernah berlaku juga di Kelantan pada permulaan peraturan larangan seperti ini dikuatkuaskan dahulu.
Tetapi kini orang-orang bukan Islam mula memahami akan kebaikan peraturan ini dan sokongan orang-orang bukan Islam terhadap kerajaan PAS di Kelantan semakin meningkat. Ini telah terbukti dalam pilihanraya 1999 dahulu.
Sesungguhnya peraturan Islam itu bukan untuk kebaikan sesuatu kaum sahaja tetapi untuk seluruh umat manusia dan untuk semua kaum kerana Islam itu bukan milik satu-satu kaum sahaja.
Kedatangan pelancung ke sesuatu tempat atau negeri itu bukalah atas sebab kebebasan meminum arak yang ada dinegeri tersebut, tetapi faktor-faktor lain yang lebih menarik daripada itu. Oleh itu tidak perlulah dirisaukan sangat tentang perkara ini.
Insyallah Allah akan menunjukan jalan yang lebih baik.
Kepada kerajaan PAS Terengganu sekali lagi saya ucapkan syabas, semoga anda terus komited kepada peraturan seperti yang digariskan oleh Islam. InsyAllah Allah akan sentiasa membantu anda dalam keadaan susah dan senang.

View Comments0