20 medan tempur di Kelantan
Diterbitkan: Mar 7, 2008 1:27 PM | Dikemas kini: Mar 7, 2008 8:44 PM
Di kerusi Dewan Undangan Negeri, PAS yang mempunyai kelebihan satu daripada 45 kerusi pada pilihanraya umum lalu menghadapi ujian berat esok untuk mengekalkan enam kerusi yang bermajoriti kecil (bawah 500 undi):
Bukit Panau (426), Pulau Chondong (105), Temangan (75), Gaal (43), Kota Lama (34) dan Kemuning (2).
PAS juga harus bertempur di gelanggang BN yang berkempen keras untuk menawan Kelantan tetapi mempunyai majoriti kecil di lima kerusi: Mengkebang (316), Melor (212), Selising (187), Pengkalan Pasir (134) dan Manek Urai (53).
Sementara itu, PAS turut berdepan dengan risiko tewas jika gagal mempertahankan asakan BN di kerusi bermajoriti antara 500-800 undi: Chetok (512), Limbongan (646), Kelaboran (691), Kadok (711) dan Kemahang (765).
BN juga menyimpan kerusi-kerusi bermajoriti bawah 800: Semerak (699), Pengkalan Kubor (714), Tendong (789) dan Air Lanas (799).
PAS mempunyai 11 kawasan genting, manakala BN menyimpan sembilan kerusi yang goyah.
Jumlah 20 kerusi DUN ini tidak termasuk Bukit Tuku yang dimenangi BN dengan majoriti 868 undi.
Sementara dua kerusi parlimen - Rantau Panjang dan Machang - yang dimenangi PAS dan BN masing-masing dengan majoriti 732 dan 135 undi.
Dua kerusi ini menjadi pertaruhan kedua-dua parti bertanding.
Bagaimanapun di Kelantan, muncul "fenomena ganjil" antara kerusi DUN dengan parlimen.
Di Pasir Puteh misalnya, calon wanita PAS menang dengan majoriti 3,810 undi walaupun parti itu menang di dua kerusi DUN sahaja - Limbongan dan Gaal - dengan jumlah 689 undi.
Begitu juga parlimen Kota Bharu yang dimenangi BN dengan 1,723 undi walaupun ketiga-tiga kerusi negeri dikuasai PAS.
Jumlah undi di peringkat DUN semuanya 4,754 undi.
Selain dua tempat ini, corak "undi terbelah" antara kerusi-kerusi DUN dengan parlimen boleh dilihat juga di Bachok dan Tanah Merah.
Bachok dikuasai BN dengan 3,272 undi walaupun dua kerusi negerinya dimenangi PAS dengan jumlah undi 2,732 undi.
Satu lagi kerusi, Jelawat, disandang BN dengan 1,113 undi.
Corak pengundian ini bermaksud pengundi-pengundi di dua kerusi DUN milik PAS itu - Tawang dan Perupok - memangkah calon BN untuk kerusi parlimen.
Gejala ini merebak ke Tanah Merah, BN yang memperoleh majoriti 1,116 di kerusi negeri Gual Ipoh meraih 2,527 undi di peringkat parlimen.
Jumlah undi di dua lagi kerusi DUN yang dimenangi PAS sebanyak 1,911.
Jadi selain persaingan sengit di 21 kerusi negeri yang bermajoriti bawah 1,000 undi, Kelantan akan berdepan gejala "undi terbelah" antara kerusi-kerusi parlimen dengan DUN, sekali gus mendebarkan calon-calon pembangkang dalam pilihanraya umum ke-12.
Apakah pengundian esok akan meneruskan corak pengundian tahun 2004?