Saya pembaca dari Singapura dan tidak berpihak kepada sesiapa. Saya kesal kerana malaysiakini cenderung mengkritik kerajaan Malaysia.

Media talian ini harus menjadi 'badan bebas', dan tidak memilih orang-orang tertentu untuk dikritik. Soal PAS mengkafir orang Umno yang jelas keluar dari akedah Islam tidak menjadi agenda anda. Kenapa?

Malauysiakini harus melihat ini sebagai agenda untuk dibahas secara terbuka dan bukan cenderung melalui perasaan. Saya berpendapat ia setakat portal untuk melepas perasaan, membalas dendam dan lebih dari itu ia sebagai alat orang asing - adakah kerana malaysiakini anti kerajaan?

Tolonglah, buat laporan yang adil tidak saja kepada parti pembangkang tetapi juga pada Umno. Saya pasti malaysiakini juga mencium bau cerita-cerita negatif tentang pemimpin pembangkang, tetapi sengaja disembunyikan. Adilkah?

Sebagai orang luar yang 'memantau' portal anda, terlalu sedih dengan sikap anda sekelian. Kebebasan yang diberikan oleh kerajaan anda digunakan untuk 'membalas dendam'.

Malaysiakini bukanlah portal pendidik yang boleh dicontohi. Ramai orang Singapura yang berpendidikan kesal dengan sikap malaysiakini yang sebenarnya tidak membantu untuk meningkatkan kemajuan negara sendiri.