Polis: Calon PKR Sementa ditemui
Diterbitkan: Feb 27, 2008 4:22 AM | Dikemas kini: Feb 27, 2008 5:58 AM
Ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Kapar Suzaimi Salam yang dilaporkan hilang selepas gagal hadir untuk proses penamaan calon di Dewan Ahmad Razali Ahad lalu, sebenarnya tidak hilang dan selamat, kata polis.
Ketua polis daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusuf berkata Suzaimi yang dirancang bertanding di kerusi negeri Sementa menghubungi ibu pejabat polis daerah Klang malam kelmarin dan telah melapor diri di balai itu.
"Yang penting dia selamat dan tidak hilang," kata Mohamad kepada pemberita di sini hari ini tanpa mendedahkan butiran perbincangan antara polis dan Suzaimi.
Bernama melaporkan, ketua bahagian PKR Kapar Mohd Bakir Abdul Wahab membuat laporan polis di balai polis Klang kelmarin berikutan gagal mengesan Suzaimi yang disenarai untuk menentang penyandang Datuk Abdul Rahman Palil dalam pilihanraya umum ini.
Kagagalan Suzaimi hadir di pusat penamaan calon menyebabkan calon BN itu memenangi kerusi DUN Sementa tanpa bertanding.
Sehubungan itu, Mohd Bakir ingin mendapatkan penjelasan daripada Suzaimi berhubung "kehilangannya" itu.
Kehilangannya itu juga mendorong spekulasi dan tuduhan BN telah membeli calon PKR itu. Timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali mendakwa ada pihak cuba membeli calon-calon parti itu, termasuk dengan rasuah berjumlah RM1 juta.
Bagaimanapun Abdul Rahman semalam dilapor menafikannya.