Silent majority perlu bersuara
AbakjrPublished: Mar 17, 2001 12:44 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Segolongan besar rakyat negara ini yang bekerja menyumbang sebahagian pendapatan mereka kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Dalam erti kata lain KWSP milik kita. Akibat daripada pelbagai keputusan 'pelaburan', faedah tahun lepas cuma di tahap 6 peratus.
Saya ingin bertanya kepada rakyat yang terdiri daripada 'the silent majority': Adakah kita hanya patut berdiam diri sahaja terhadap penyelewengan yang dilakukan ini? Adakah kita mahu menjadi seperti lembu/kerbau yang dicucuk hidungnya? Kita mesti menyatakan perasaan kita. Jika tidak, lembaga KWSP akan melakukan apa sahaja sekehendak mereka. Zaman kita diperbodohkan sudah berlalu dan kita jangat setia melulu sahaja .
Demokrasi bukan setakat mengadakan pilihanraya lima tahun sekali sahaja. Demokrasi bererti rakyat berhak berkumpul dan menyatakan pendapat. Ini jelas termaktub di dalam Perkara 10, Perlembagaan Malaysia. Tetapi pemerintah kuku besi cuba memutarbelitkan erti demokrasi dan mengadakan peraturan dan undang-undang lain saperti Akta Polis, Akta Hasutan, Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan bagi mengekang hak rakyat.
Penyalahgunaan wang rakyat yang dilakukan telah menjejaskan kesejahteraan rakyat. Harga barang meningkat setiap masa tanpa kita sedari dan yang terakhir kerajaan sendiri telah dengan sewenang-wenang menaikkan harga air. Keperluan asas kehidupan yang sangat penting telah dinaikkan harga tanpa mengira langsung tentang kesengsaraan rakyat yang berpendapatan kecil.
Adakah ini yang dinamakan kerajaan yang berjiwa rakyat? Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak mahu menjejakkan kakinya ke Kg Medan, Petaling Jaya, menjengah penderitaan rakyat golongan bawahan yang berpendapatan kecil. Terjadinya trajedi di Kg Medan itu adalah gara-gara perasaan meluap yang tidak dapat dibendung rakyat golongan bawahan yang sangat tertindas itu.
'The silent majority' mesti menyatakan perasaan mereka. Bukan menyatakan perasaan sokongan terhadap Mahathir sahaja. Dalam erti kata lain kita hendaklah adil - jika kerajaan melakukan sesuatau yang baik kita sokong dan jika mereka melakuan kepincangan, kita nyatakan perasaan kita. Janganlah sampai kita disalah anggapkan oleh kerajaan sebagai penyokong membuta tuli.
Inilah yang dikatakan demokrasi.

View Comments0