Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan syabas kepada G Palanivel yang bersungguh-sungguh menjaga kebajikan dan pembangunan penduduk Hulu Selangor khususnya. Dalam ramai ahli parlimen yang hanya datang semasa pilihanraya, beliau seorang ahli Parlimen yang sangat aktif dalam menjaga kebajikan konstituensinya tanpa mengira bangsa dan agama.

Saya amat berharap pada semua MP tidak kira dari Barisan Nasional atau Barisan Alternatif mempelajari dan mencontohi peranan beliau sebagai MP. Pembangunan yang pesat yang berlaku di Hulu Selangor setelah tiga penggal beliau menjadi MP di sini. MP yang lain sebelum beliau tidak pernah menjejak kaki di sini setelah pilihan raya habis. Saya berharap beliau akan kekal sebagai MP untuk selama-selamanya.