P'raya: Ramai pemimpin Pemuda Umno bertanding
Nash RahmanDiterbitkan: Feb 1, 2008 7:28 AM | Dikemas kini: Feb 1, 2008 7:33 AM
Lebih 50 peratus senarai calon Umno dalam pilihanraya umum akan datang dijangka mengandungi muka-muka baru, terutama dari kalangan pemimpin Pemuda Umno.
Di samping itu, ramai pemimpin Pemuda Umno akan dicalon di peringkat negeri sebagai persediaan peralihan kepimpinan parti dari generasi lama kepada golongan muda.
Mereka akan dilantik memegang jawatan exco negeri dan kemudiannya antara mereka akan dipilih sebagai menteri besar dan menerajui Umno negeri pada masa depan.

Menurut sumber-sumber yang mengetahui, ini adalah antara perubahan asas dalam barisan kepimpinan Umno bagi menghadapi cabaran-cabaran terkini, khususnya dari parti pembangkang.
Menurut mereka, antara sebab-sebab pembangkang semakin kuat ialah kerana mereka membuka peluang seluas-luasnya kepada orang muda, termasuk golongan profesional, aktif dan memegang jawatan penting parti.
Hishammuddin yang memimpin Pemuda Umno sejak tahun 2000, kini sudah berusia 47 tahun.
Bagaimanapun, katanya, peluang seumpama itu tidak luas dalam Umno kerana setiap bahagian Umno dikuasai oleh ketua bahagian yang hampir keseluruhannya orang lama.
Golongan lama
Berikutan itu, kata sumber-sumber tersebut, sebarang perubahan kepimpinan akar umbi hanya berkisar di kalangan pemimpin yang berusia sahaja.
"Oleh itu, peranan pergerakan Pemuda Umno dan juga Puteri Umno di peringkat bahagian dan cawangan, tidak menyerlah, bukan kerana mereka tidak aktif, tetapi peluang yang terhad," kata sumber-sumber lagi.
Malah, kata mereka, selama ini, Ketua Pemuda Umno Malaysia, Datuk Hishammuddin Hussein juga turut terbawa-bawa oleh gaya pentadbiran ketua-ketua bahagian yang antaranya seusia dengan beliau.
Bagaimanapun, kata sumber-sumber itu, sejak kehadiran Khairy Jamaluddin sebagai Naib Ketua Pemuda Umno, terdapat usaha-usaha untuk mendedahkan pemimpin pergerakan itu dalam aspek kepimpinan negara.
"Cara paling berkesan adalah untuk memberi peluang bertanding di peringkat pusat dan negeri dan kemudiannya dilantik memegang jawatan kerajaan di peringkat negeri dan pusat.
"Di peringkat negeri, mereka boleh dilantik sebagai exco kerajaan negeri, manakala di peringkat pusat sekurang-kurangnya setiausaha Parlimen atau timbalan menteri, yang ada kaitan dengan golongan muda," kata sumber-sumber itu lagi.
Ditanya peratusan calon golongan muda yang bakal diketengahkan dalam pilihanraya umum yang dijangka bulan depan, sumber-sumber itu berkata: "Untuk menunjukkan kesungguhan pucuk pimpinan dalam membuka peluang kepada golongan muda, ia mestilah tidak kurang dari 50 peratus".
Di samping itu, ramai pemimpin Pemuda Umno akan dicalon di peringkat negeri sebagai persediaan peralihan kepimpinan parti dari generasi lama kepada golongan muda.
Mereka akan dilantik memegang jawatan exco negeri dan kemudiannya antara mereka akan dipilih sebagai menteri besar dan menerajui Umno negeri pada masa depan.
Menurut sumber-sumber yang mengetahui, ini adalah antara perubahan asas dalam barisan kepimpinan Umno bagi menghadapi cabaran-cabaran terkini, khususnya dari parti pembangkang.Menurut mereka, antara sebab-sebab pembangkang semakin kuat ialah kerana mereka membuka peluang seluas-luasnya kepada orang muda, termasuk golongan profesional, aktif dan memegang jawatan penting parti.
Hishammuddin yang memimpin Pemuda Umno sejak tahun 2000, kini sudah berusia 47 tahun.
Bagaimanapun, katanya, peluang seumpama itu tidak luas dalam Umno kerana setiap bahagian Umno dikuasai oleh ketua bahagian yang hampir keseluruhannya orang lama.
Golongan lama
Berikutan itu, kata sumber-sumber tersebut, sebarang perubahan kepimpinan akar umbi hanya berkisar di kalangan pemimpin yang berusia sahaja.
"Oleh itu, peranan pergerakan Pemuda Umno dan juga Puteri Umno di peringkat bahagian dan cawangan, tidak menyerlah, bukan kerana mereka tidak aktif, tetapi peluang yang terhad," kata sumber-sumber lagi.
Malah, kata mereka, selama ini, Ketua Pemuda Umno Malaysia, Datuk Hishammuddin Hussein juga turut terbawa-bawa oleh gaya pentadbiran ketua-ketua bahagian yang antaranya seusia dengan beliau.Bagaimanapun, kata sumber-sumber itu, sejak kehadiran Khairy Jamaluddin sebagai Naib Ketua Pemuda Umno, terdapat usaha-usaha untuk mendedahkan pemimpin pergerakan itu dalam aspek kepimpinan negara.