Saya menyokong sepenuhnya bahawa isu perpaduan nasional sahaja yang patut dijadikan tajuk utama di pertemuan Umno dan PAS yang bakal diadakan itu. Supaya pertemuan itu menampakkan hasil yang dikehendaki oleh rakyat berbilang bangsa Malaysia, saya cadangkan isu-isu di bawah ini dimasukkan dalam agenda:

1) Isu bekas Perdana Menteri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan beliau yang menjadi punca utama perpecahan rakyat seluruh negara.

2) Isu Suqiu diketepikan yang telah timbulkan gelisah di kalangan rakyat.

3) Isu 'hak istimewa orang Melayu' yang pada hakikatnya diberi khas kepada segelintir kroni-kroni sahaja untuk keuntungan mereka atas nama 'orang Melayu', sehinggakan orang Melayu dibahagi-bahagikan kepada 'Umnoputra' dan yang bukan 'Umnoputra'.

4) Perhimpunan raksaksa yang bakal dianjurkan oleh bekas orang kuat Umno Ibrahim Ali. Ini telah menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan rakyat Malaysia.

Sama ada isu-isu ini akan dipersetujui oleh Umno sebagai topik perbincangan penting adalah tanda kejujuran Umno dalam tanggungjawabnya sebagai parti pemerintah utama dalam Malaysia.