Anwar: Saya ada bukti baru
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau boleh memberikan bukti-bukti baru berhubung kontroversi klip video Lingam sekiranya beliau dibenarkan memberi keterangan kepada suruhanjaya diraja yang ditugaskan menyiasat perkara tersebut.
Beliau membuat 'tawaran' tersebut selepas peguamnya gagal 'memujuk' suruhanya itu supaya memanggil bekas timbalan perdana menteri memberi keterangan hari ini kerana Anwar akan berlepas ke Hong Kong esok.
“Saya mahu mengemukakan bukti selanjutnya untuk menyokong hujah saya (bagi menunjukkan) bahawa penipuan dan konspirasi membabitkan Tengku Adnan (Tengku Mansor), Vincent Tan dan VK Lingam,” katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, tempat suruhanjaya diraja menjalankan siasatan terhadap klip video Lingam.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau boleh memberikan bukti-bukti baru berhubung kontroversi klip video Lingam sekiranya beliau dibenarkan memberi keterangan kepada suruhanjaya diraja yang ditugaskan menyiasat perkara tersebut.
Beliau membuat 'tawaran' tersebut selepas peguamnya gagal 'memujuk' suruhanya itu supaya memanggil bekas timbalan perdana menteri memberi keterangan hari ini kerana Anwar akan berlepas ke Hong Kong esok.
“Saya mahu mengemukakan bukti selanjutnya untuk menyokong hujah saya (bagi menunjukkan) bahawa penipuan dan konspirasi membabitkan Tengku Adnan (Tengku Mansor), Vincent Tan dan VK Lingam,” katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, tempat suruhanjaya diraja menjalankan siasatan terhadap klip video Lingam.
Menurut beliau, ini membabitkan dakwaan pakatan pada 1999 di mana Anwar dituduh mengumpulkan RM3 bilion di seberang oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.
Ini sejurus selepas Anwar dipecat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad daripada kerajaan dan Umno.
Dalam dakwaan pakatan tersebut, Lingam didakwa memainkan peranan yang berpengaruh dalam mengatur kes mahkamah yang membabitkan Murad - yang didakwa gagal mengisytiharkan hartanya - dengan Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Mohd Eusoff Chin.
“Murad telah dipaksa membuat pengakuan bahawa saya memiliki RM3 bilion di seberang lalut. Saya telah memperolehyi maklumat tersebut dari beliau (Murad) bahawa beliau terpaksa berbuat demikian atas arahan dan rundingan bermula di rumah Tengku Adnan dan turut dihadiri oleh Vincent Tan.
“Lingam memaksa beliau (Murad) membuat pengakuan tersebut, jika tidak, beliau diugut akan dijatuhkan hukuman penjara... Sudah tentulah, Lingam memberi jaminan kepada Murad bahawa beliau telahpun mengatur dengan (Ketua Hakim Negara ketika itu), Tun Eusoff Chin (untuk meringankan hukuman),” dakwa Anwar.
Mr X dan Mr Y
Pengakuan Murad bahawa 'Anwar memiliki RM3 bilion’ dibuat sebulan selepas pegawai kanan Bank Negara itu didakwa dengan tuduhan tidak mengisytiharkan hartanya yang dianggarkan RM24 juta dalam bentuk saham dan harta dalam sebuah syarikat tempatan.
Kes tersebut dibicarakan dan pada tahun 2000, Murad - yang merupakan rakan timbalan perdana menteri itu - didapati bersalah dan dihukum denda RM500,000.
Anwar selama ini mendakwa wujud konspirasi untuk menjatuhkannya selepas beliau tidak sehaluan dengan Dr Mahathir.
Minggu lalu, peguam Anwar - M Puravalen (kanan) menyoal Dr Mahathir dan Tengku Adnan, yang merupakan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ketika itu, mengenai dakwaan konspirasi tersebut ketika mereka dipanggil memberi keterangan. Mereka bagaimanapun berkata tidak tahu menahu mengenai wujudnya pakatan tersebut.
Puravalen juga berkata, Anwar boleh menawarkan dua saksi 'rahsia' - ‘Mr X’ dan ‘Mr Y’ - yang akan memberi keterangan kepada suruhanjaya diraja mengenai bukti berlakunya rasuah dan pengaturan penghakiman.
Seorang daripadanya adalah adik lelaki Lingam - Rajendram Vellupillai - apabila anggota suruhanjaya diraja, Datuk Mahadev Shankar secara tidak sengaja tersebut namanya pagi tadi - manakal seorang lagi dipercayai Murad.
(Seorang lagi adik lelaki Lingam - VK Thirunama Karasu - juga menawarkan dirinya untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya tersebut).
Apabila ditanya mengenai identiti dua saksi 'rahsia' itu dalam sidang akhbarnya hari ini, Anwar bagaimanapun enggan mendedahkannya.
Lewat dipanggil
Sementara itu, Anwar bertanya-tanya mengapa beliau masih belum dipanggilkan untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya tersebut.
Beliau telah disapina oleh suruhanjaya tersebut dan nombor lima dalam senarai saksi.
“Tetapi sekarang suruhanjaya itu mahukan keterangan bertulis (dari peguam saya) mengapa saya perlu memberi keterangan - ini agak ganjil," katanya sambil menambah, ia menimbulkan persoalan berhubung integriti suruhanjaya tersebut.
Di samping memberi bukti baru kepada suruhanjaya tersebut, Anwar - yang mula-mula mendedahkan klip video Lingam September lalu - berkata ianya penting beliau memberi keterangan kerana namanya turut disebut dalam video tersebut.
Ditanya sama ada beliau akan dapat memberi keterangan selepas beliau ke luar negeri esok, Anwar berkata, beliau akan cuba pulang apabila dipanggil memberi keterangan.
Di permulaan siasatan pagi tadi, Puravalen berhujah beliau telah membuat beberapa permohonan sejak Khamis lalu untuk mendapatkan tarikh awal bagi Anwar memberi keterangan kepada suruhanjaya tersebut.
Ketika menolak permintaan tersebut, pengerusi suruhanjaya diraja, Tan Sri Haidar Mohd Noor berkata pihaknyalah yang akan memutuskannya.
Selepas Puravalen terus dengan permintaannya, Mahadev mencelah: “Jika permintaan anda adalah (untuk kami) memanggil Anwar sekarang (sebagai seorang saksi), jawapannya adalah tidak." Berita asal

