Kenapa takut pada malaysiakini?
AlbasPublished: Mar 7, 2001 12:33 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Saya tidak faham kenapa ada pihak yang takut kepada malaysiakini. Malaysiakini ialah media dalam talian bebas yang menyiarkan berita yang biasanya tidak akan disiarkan oleh akhbar-akhbar pro-kerajaan. Ia mempunyai sumber sendiri untuk mencari berita di sebalik tabir dan mendedahkan maklumatnya untuk pengetahuan umum melalui Internet. Ia bukan berbentuk surat terbang yang dihantar sana-sini tidak kira siapa asalkan sasaran reaksi ditemui. Ia mempunyai pemberita dan penulis.
Apa yang dilapor melalui laman webnya, walaupun umumnya membongkar dan mengkritik, tetapi kita seharusnya meletak nilai istimewa kepada maklumat ini, baca, teliti dan buat pertimbangan sendiri kesahihannya. Jika ia satu pembohongan kita sama-sama tahu bahawa sumbernya ini dengan sendiri akan hilang kredibiliti.
Memang ramai di kalangan kita, termasuk pemimpin dan pejuang negara, amat sensitif dan pantang ditegur atau dikritik. Bagi seseorang yang rasional dan tidak menganggap dirinya sentiasa betul, kritikan seperti ini adakalanya diterima sebagai satu teguran lantaran reaksinya boleh memperbaiki keadaan.
Banyak hal yang disiar dalam malaysiakini merupakan berita yang haram sekali tidak akan disiar oleh akhbar harian kita yang asyik dengan hujah-hujah yang indah mempengaruhi pemikiran umum. Akhbar manakah akan menyiarkan kisah sultan sebagai ketua agama negeri melakukan zina sehingga melahirkan anak luar nikah yang pada waktu ini berusia hampir 20 tahun? Ikutilah sendiri dan buatlah penilaian yang bijak sama ada kisah ini betul atau sengaja diada-adakan! ([#1]Sultan Pahang miliki anak luar nikah: Bekas jururawat Filipina[/#], 3 Mac)
Saya rasa ramai di antara kita yang tahu melayari laman web Internet mempunyai akal pemikiran yang boleh menimbang antara buruk dengan baik dan antara bohong dan betul. Lebih baik dapat maklumat yang boleh kita nilai dari membiarkan ia terpendam dan tersembunyi semata-mata untuk melindungi sesuatu kepentingan atau pihak! Peduli apa siapa yang membantunya atau membiayainya asalkan maklumat diberi boleh jadi berguna! Sudah tentu kerajaan yang menjadi sasaran tidak akan menyokong dan membiayainya!
Tetapi kalau kerajaan itu amat bagus, betul dan tidak silap langsung, siapa boleh kritiknya? Rakyat tetap tahu menilai baik buruknya sesuatu pemerintahan dan tahu bersyukur kehadrat Illahi di atas petunjuknya dan rahmatnya. Tetapi tidak dinafi memang ada di kalangan kita yang tidak tahu menghargai jasa sepertimana juga ramainya yang pantang ditegur dan tidak mengaku salah walaupun keadaan jelas dan terang. Mungkin ini lumrah dalam permainan politik dan kalau ya apa salahnya kita terus berpropaganda, terus membohong, menggajahkan hama tidak kiralah sama ada pro atau anti.
Usahlah takut, ikutilah malaysiakini dan gunakanlah kepala otak kita. Janganlah terlalu sensitif, tidak boleh ditegur dan asyik hendak sapu ke bawah hamparan sahaja. Secara positif ia sepatutnya membantu pembangunan negara jika kita berfikiran terbuka dan tidak selalu melatah! Sudah tiba masanya kita berlagak terbuka, berani menerima kecaman dan sanggup membetulkan kepincangan.
Mustahil susah sangat hendak mengenal antara kaca dan permata. Yang betul kita terima, yang sangsi kita nilai dan yang karut kita ketepikan saja! Malaysiakini ialah saluran pembetulan kepincangan yang boleh mendedah petualang sama ada di luarnya atau di dalamnya. Oleh itu takut apa?

View Comments0