Lagi kes rebut mayat
Polis telah mengambil mayat seorang lelaki Cina Malaysia dalam satu lagi kes perebutan terbaru antara pihak berkuasa agama Islam dengan anggota keluarga, berhubung isu pemelukan agama Islam.
Anak lelaki kepada Gan Eng Gor, yang meninggal dunia Ahad lalu ketika berusia 74 tahun, berkata bapanya memeluk Islam Julai lalu, tetapi anak-anaknya yang lain menafikannya dan bertegas bahawa bapa mereka seorang penganut Buddha.
Pertikaian tersebut tercetus hanya beberapa hari selepas mahkamah memerintahkan mayat seorang wanita Cina beragama Kristian dipulangkan kepada keluarganya selepas pihak berkuasa agama Islam mengakui bahawa pemelukan agama Islamnya tidak sah.

Polis dilaporkan mengambil mayat Gan dari tempat mayat itu disiapkan untuk perkebumian di luar Kuala Lumpur selepas anak lelaki sulungnya, yang memeluk Islam beberapa tahun yang lalu, membuat laporan mendakwa, bapanya telah memeluk Islam dan menggunakan nama Islam.
"Anggota keluarga saya terperanjat dengan dakwaannya itu," Gan Hock Sin, salah seorang daripada lapan anak Eng Gor, demikian menurut laporan akhbar The Star hari ini.
"Kami telah mengamalkan agama Buddha sepanjang hayat kami. Bagaimana, tiada seorangpun, termasuk ibu saya yang telah menjaga bapa kami yang sakit sejak dua tahun lalu, tidak tahu mengenainya," katanya.
"Beliaut tidak boleh bercakap, jadi bagaimana beliau boleh memeluk (agama Islam)" kata Gan Hock Sin, sambil menambah, bapanya terlantar sejak dua tahun lalu selepas terkena serangan angin ahmar.
Menurut laporan tersebut, pegawai majlis agama Islam datang ke tempat mayat itu disiapkan untuk pengkebumian dengan membawa bersama salinan sijil pemelukan agama Islam Eng Gor, bertarikh 3 Julai dan Mahkamah Syariah akan mendengar kes tersebut pada hari Isnin.