Nik Aziz sifatkan PKR parti 'mencelarukan'
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata keyakinannya terhadap kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terhakis sambil menyifatkan parti itu "mencelarukan".
Malahan, beliau dipetik oleh Bernama sebagai berkata, PAS lebih rela menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke-12 nanti tanpa mengharapkan kerjasama daripada PKR.
Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mingguannya di pejabat PAS di Kota Bharu.

Beliau diminta mengulas kenyataan PKR dalam sebuah akhbar baru-baru ini bahawa parti itu tidak mahu bertanding di Kelantan pada pilihanraya umum nanti.
Beliau berkata kerjasama dengan PKR sama seperti pengalaman PAS menjalin kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 (SM46) pada akhir 1980-an dan awal tahun 90-an.
"Kita sudah ada pengalaman bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, kemudian parti itu berpecah dengan PAS dan dia masuk semula Umno," kata Nik Aziz.
Tolak kekerasan
Pada pilihanraya umum 2004, PKR bertanding tiga kerusi negeri dan satu kerusi parlimen di Kelantan tetapi tewas kesemuanya.
Ketika ditemubual oleh media Indonesia, Nik Aziz berkata PAS akan menyertai pilihanraya selagi sistem itu membolehkannya untuk mengekalkan
pemerintahan di Kelantan.
Sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi, tidak mungkin PAS menolaknya dan menggunakan kekerasan dalam mendapat kuasa, katanya ketika ditanya oleh wakil Metro TV dari Indonesia mengenai kedudukan PAS dalam sistem pilihanraya di negara ini.
"Setakat ini itulah sistem yang ada di Malaysia untuk memerintah dan PAS akan menggunakan sistem itu," katanya.
Mengenai sumber ekonomi kerajaan negeri, Nik Aziz berkata, Kelantan mempunyai banyak sumber asli termasuk pembalakan, pertanian dan perlombongan yang memberi hasil yang lumayan.
"Kita ada banyak hasil untuk membangunkan Kelantan," katanya