Biar Zam jadi penulis tamu!
Reformasiuddin Istiqamah<br>KLPublished: Mar 5, 2001 2:31 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Saya berasa terpanggil untuk mengulas kecaman Zainuddin Maidin (Zam) terhadap malaysiakini. Beliau menyerang akhbar internet ini sebagai membuat laporan yang tidak seimbang, pro pembangkang dan menentang kerajaan serta bermindakan bahawa kebebasan media = laporan yang menentang kerajaan.
Bagi saya komen itu menjadi amat janggal kerana ia datang daripada Zam yang telah begitu lama dalam persada media tempatan. Akhbar-akhbar tempatan yang setiap hari kerjanya membantai parti pembangkang (berat sebelah at its best!) tidak pernah pun diusik dengan tuduhan 'berat sebelah'. Sebaliknya sifat jelek media tempatan ini telah diternak sedemikian rupa sehingga menjadi sebati dengan identiti dan karektor mereka. Malah mereka pun begitu berbangga dengan kerja yang mereka lakukan!
Kalau saranan Zam supaya malaysiakini keluar daripada minda 'menyamakan kebebasan akhbar dengan laporan menentang kerajaan' mahu dianggap serius; saya ingin mencadangkan supaya Zam mengambil langkah-langkah berkredibiliti sewajarnya bagi mengeluarkan akhbar tempatan daripada minda 'menyamakan kebebasan media dengan laporan menyokong kerajaan secara totok'.
Zam orang media. Lebih daripada itu beliau juga orang politik Barisan Nasional. Sebab itulah betapa menggila dan karat sekali pun profesionalisme akhbar-akhbar tempatan, beliau tetap memuja dan memujinya kerana kemandirian BN bergantung kepada akhbar-akhbar ini. Maka kritikan terhadap mereka bukan sahaja tidak boleh diharapkan datang daripada beliau, malah beliau sendiri sentiasa menjadi sebahagian daripadanya! Kredibiliti? Lupakan dahulu until the next change!
Berbalik kepada malaysiakini. Ketua Pemuda Umno pernah diberi peluang mengendalikan ruangannya sendiri dalam malaysiakini. Bukankah itu satu peluang keemasan buat kerajaan dan BN 'menyintuk limau' para pembacanya serta 'membersihkan dirinya' daripada apa jua maklumat yang disengetlapor? Tetapi Ketua Pemuda Umno itu (seperti biasa) gagal berpencak di gelanggang yang disediakan.
Sebagai gantinya, saya cadangkan kepada malaysiakini supaya memberi ruangan itu kepada Zam sendiri. Beliau mungkin lebih hebat berpencak kerana beliau adalah seorang graduan UM (Utusan Melayu) yang cukup terlatih, malah kerjanya di Kementerian Penerangan pun berkait rapat dengan usaha memerangi media curang(?).
Kalau Ketua Pemuda Umno boleh tewas 'di dalam' gelanggang yang disediakan, saya harap jangan sampai Zam pula tewas 'di luar' gelanggang. Malah kalau beliau menolaknya, maka kita semua boleh menyimpulkan apa 'kerja' Zam yang sebenarnya!

View Comments0