Dr Mahathir beri keterangan esok
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka memberi keterangan esok kepada suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam.
Timbalan Pendakwaraya Azmi Ariffin memberitahu pemberita di akhir hari kedua siasatan suruhanjaya itu hari ini bahawa Dr Mahathir telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Pegawai khas Dr Mahathir, Sufi Yusof ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan bekas perdana menteri itu akan memberi keterangan kepada suruhanjaya tersebut.

Nama bekas perdana menteri itu disebut beberapa kali dalam klip video yang dirakam pada Disember 2001 di mana Lingam dikatakan sedang mengatur pelantikan hakim-hakim pada Disember 2001, didakwa dengan Hakim Besar Malaya ketika itu, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Dalam klip video selama 14 minit itu, Dr Mahathir disebut telah mengadakan pertemuan dengan beberapa personaliti, termasuk Ahmad Fairuz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor dan ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan berhubung pemilihan hakim-hakim 'yang sehaluan'.
Lingam juga pernah mewakili Mahathir, 82, di mahkamah dalam beberapa kes saman terhadap bekas perdana menteri itu.
Mahathir jumpa Anwar?
Kehadiran Dr Mahathir di mahkamah esok turut membuka kemungkinan beliau akan terserempak dengan bekas timbalan perdana menteri, sewaktu pentadbirannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua umum PKR itu dijadualkan memberi keterangan bersama penyelaras politiknya, Sim Tze Tzin dan Naib Presiden PKR, R Sivarasa.
Tidak jelas bila kedua-dua bekas pemimpin itu akan dipanggil memberi keterangan esok. Anwar hadir sekejap semalam, tetapi tidak kelihatan hari ini.
Semua saksi yang telah dipanggil untuk memberi keterangan, tidak dibenarkan masuk menghadiri prosiding suruhanjaya siasatan diraja itu.
Anwar dipecat dari kerajaan dan Umno pada 1998 dan kemudiannya didakwa di mahkamah atas tuduhan salahguna kuasa dan liwat.
Dr Mahathir baru sahaja pulang daripada menziarahi bekas presiden Indonesia, Suharto, yang sedang tenat.
Prosiding suruhanjaya siasatan diraja itu diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Jalan Duta dan dijangka berakhir pada 25 Januari ini. Berita asal