Polis halang tarian singa, kompang
Zakiah KoyaPublished: Jan 20, 2001 12:58 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Tarian singa dan kompang yang dijadualkan dipersembahkan dalam perhimpunan Hari Raya anjuran pembangkang hari ini dilarang polis dengan alasan ia memerlukan permit khas.
Dua kumpulan persembahan kebudayaan Cina dan Melayu itu disekat di jalan masuk ke tempat perhimpunan di Kg Medan, Sijangkang dari Jalan Banting. Bagaimanapun, persembahan gendang tradisi kaum India berjaya dipersembahkan beberapa minit.

"Kami dimaklumkan kami harus memohon permit khas untuk persembahan budaya itu," kata pengerusi jawatankuasa penganjur, Saari Sungib kepada malaysiakini.
Kementerian Dalam Negeri minggu lepas mengumumkan tarian singa tidak memerlukan permit khas seperti tahun-tahun sebelumnya bagi menyambut Tahun Baru Cina minggu depan.
Malaysiakini difahamkan larangan itu dikeluarkan kepada penganjur semalam, sebagai satu syarat tambahan kepada Parti Keadilan Nasional bahagian Kuala Langat, Selangor.
Dua hari lalu, sebagai sebahagian syarat permit, polis mengeluarkan arahan tidak membenarkan ucapan politik, program harus ditamatkan sebelum jam 7 petang dan tidak mengganggu lalu lintas.
Bagaimanapun hari ini, beberapa pemimpin utama Barisan Alternatif tetap menyampaikan ucapan berbau politik.
Presiden Keadilan Dr Wan Azizah Wan Ismail menimbulkan isu salah guna kewangan oleh kerajaan Kedah yang berjumlah RM1.2 bilion.
"Kita tidak berceramah politik. Kita bercakap tentang isu salah guna kuasa kerajaan dan isu moral," katanya.
Sementara Presiden Parti Rakyat Malaysia, Dr Syed Husin Ali pula berkata, "mudah-mudahan tahun Ular (mengikut kalendar Cina) menyaksikan kemenangan keadilan mengalahkan kezaliman."
Turut menyampaikan ucapan, Pengerusi DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Senator Hassan Shukri. Presiden PAS Datuk Fadzil Noor tidak menghadiri program ini kerana berada di luar negara.
Kira-kira 6,000 penyokong empat parti utama pembangkang itu berkumpul mulai jam 2 dan bersurai 6 petang, selepas hujan lebat kira-kira jam 4.30 petang. Sementara sebahagian besar penyokong gagal ke program "Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat" akibat kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Banting bermula dari susur keluar Lebuhraya Kesas.
Empat trak polis berada berdekatan jalan masuk ke tempat perhimpunan, sementara beberapa kenderaan polis antirusuhan dan sebuah helikopter diletakkan di sebuah padang kira-kira satu kilometer dari acara itu.
Bagaimanapun, tiada kejadian tidak diingini dilaporkan.

View Comments0