Tindakan KDN memalukan negara
Granma<br>The Middle EastPublished: Mar 3, 2001 9:35 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Sekali lagi kita menerima tekanan apabila Kementerian Dalam Negeri sedang berusaha keras untuk mengetepikan suara rakyat dalam malaysiakini. Tambah memalukan lagi ialah apabila dua majalah asing iaitu Far Eastern Economic Review dan Asiaweek terlambat sampai ke tangan pembaca di Malaysia.
Walaupun Abdullah Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri sudah memaklumkan kepada media bahawa tiada sebarang tindakan akan dikenakan ke atas malaysiakini tetapi itu adalah omong orang nombor dua negara ([#1]No ban on Msia'kini, says Pak Lah[/#], March 2).
Dan orang nombor dua dalam kerajaan menjadi satu kewajipan kepadanya untuk menurut perintah orang nombor satu dalam kerajaan. Oleh itu janganlah kita terkejut andai satu hari kelak atau mungkin tidak beberapa hari lagi kebebesan suara kita dalam malaysiakini akan hancur musnah.
KDN yang enggan mengulas sebarang alasan mengenai kelewatan majalah Review dan Asiaweek membuktikan bahawa kerajaan sanggup melakukan apa sahaja bentuk tindakan bodoh bukan sahaja untuk menutup mulut rakyat malah mahu membutakan kita.
Tidakkah kita sedari bahawa dunia luar sekarang sedang mentertawakan kita kerana dua majalah itu tidak diterimapakai di Malaysia kerana kerajaannya mahu membisu dan membutakan mata rakyat Malaysia.
Dan satu hari nanti rakyat Malaysia akan lebih ditertawakan kerana menjadi 'The Deaf, the Blind and the Mute'. Maka semua gelaran itu jika dikumpulkan akan menjadi 'The Fools'. Ini kerana selepas ini kerajaan akan memekakkan pula telinga kita daripada mendengar sebarang bentuk media asing atau apa yang mereka gelarkan propaganda asing.
Semoga kita semua akan sedar bahawa kelewatan sampainya majalah itu bukanlah kerana majalah tersebut tidak laku atau kurang mendapat sambutan tetapi kerana kerajaan bimbang satu ketika suara mereka yang semakin tidak laku itu akan terus tidak dibeli rakyat.
Dalam hati saya terfikir bahawa rakyat yang kerajaan mahukan ialah rakyat yang bodoh tidak berani bersuara dan menurut kata.

View Comments0