PAS mengaitkan isu berkaitan dakwaan salah lagi dalam pentadbiran Tabung Haji (TH) dengan dakwaan sasaran terhadap jenama Islam.

"Kita tidak menafikan adanya institusi kewangan Islam yang menyeleweng dan mengalami salah laku, tetapi institusi perniagaan seperti GLC dan lain-lain yang berlipat kali ganda salah laku serta rasuahnya disembunyikan di bawah karpet.

“Maka, kesalahan Tabung Haji dijadikan tajuk utama kerana jenama Islamnya menjadi sasaran," mendakwa Presidennya Abdul Hadi Awang.