Kereta nasional terbaru dijual tanpa alat ganti
Pemilik Bangga Proton WajaPublished: Mar 2, 2001 6:46 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Saya membuat tempahan untuk sebuah Proton Waja pada hari pertama pelancaran kereta baru nasional tersebut yakni pada 31hb Ogos 2000 dan menerima kereta tersebut pada 28hb November.
Pada 11hb Disember, kereta saya yang dipandu oleh abang saya mengalami kemalangan. Bermulalah episod gelap dalam hidup saya. Oleh kerana tidak mengetahui sangat selok-belok prosidur kemalangan, abang saya menerima terus pelawaan operator trak tunda untuk menunda kereta tersebut ke bengkel mereka. Tempat kemalangan di depan Nanyang Siang Pao pada jam 1.34 petang. Bengkel kereta pula di Klang.
Pada malam tersebut kami dua beradik membuat laporan polis di Petaling Jaya. Gambar foto diambil. Selepas itu kami bergegas ke bengkel tersebut dan diberitahu oleh pemilik bengkel tersebut bahawa mereka tidak dapat membaiki kereta saya kerana alat ganti kereta tersebut sukar diperolehi dari pengeluar. Saya dikenakan bayaran sebanyak RM200 sebagai upah tunda. Saya membayar wang tersebut.
Saya kemudiannya menelefon beberapa kenalan yang pakar dalam hal-hal ini, dan akhirnya setuju untuk menghantar kereta tersebut ke bengkel seorang daripada mereka.
Saya membuat laporan di pejabat insurans kereta pada hari berikutnya. Dan sehingga kini, berlalunya hampir tiga bulan, saya masih belum mendapat apa-apa keputusan tentang kereta saya tersebut. Saya terpaksa membayar 'instalment' sebanyak RM865 dan pada masa yang sama saya terpaksa membayar kereta sewa sebanyak RM500 sebulan yang saya gunakan hari-hari untuk ke tempat kerja.
Setelah puas mengejar insurans, 'adjuster', bengkel, pengedar kereta dan Proton sendiri, saya masih tidak diberi apa-apa keputusan. Apakah seterusnya yang perlu saya lakukan lagi? Keadaan kewangan saya makin meleset.
Persoalannya, bagaimanakah Proton boleh membenarkan atau mengedarkan kereta Proton Waja sedangkan alat ganti masih tiada di pasaran, bukan sahaja alat ganti, malah 'master parts number' dan nombor siri masih tidak dikeluarkan. Jika ada pemilik Waja yang mengalami nasib yang sama seperti saya, sila e-mail saya di ensenioor@yahoo.com.

View Comments0