Apabila kanak-kanak mengemis
Afandi Ahmad<br>Permatang PauhPublished: Mar 1, 2001 7:41 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Seringkali kita melihat pengemis menggunakan kanak-kanak sebagai daya tarikan untuk meraih belas ihsan. Sememangnya kita sering memberi tanpa soal. Sudah menjadi budaya masyarakat pemurah.
Kelemahan kita kerana sering bersimpati telah disalahgunakan oleh mereka yang inginkan pendapatan yang lumayan tanpa kerja keras. Maka wujudlah sindiket-sindiket yang menggunakan kanak-kanak untuk mengemis. Berbekalkan kertas yang ditandatangani oleh entah siapa, mereka mengemis dari satu warong ke warong yang lain, dari rumah ke rumah. Mereka terpaksa melakukan ini semua kerana takut dimarahi ataupun didera oleh kuncu-kuncu sindiket.
Perbuatan ini adalah salah di sisi undang-undang dan ditafsirkan sebagai penderaan kanak-kanak. Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Polis telah pun mengambil tindakan terhadap mereka.
Namun hari ini, saya didatangi enam orang kanak-kanak Tahun Satu (termasuk anak saya sendiri), dari Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu, Bukit Mertajam, untuk mengemis. Berbekalkan sekeping risalah, mereka mengemis dari rumah ke rumah untuk Persatuan Paralimpik Malaysia. Kanak-kanak Tahun Satu dipergunakan untuk meraih simpati!
Mereka terpaksa melakukan ini semua kerana takut dimarahi ataupun didera oleh guru-guru mereka (kuncu-kuncu Kementerian Pendidikan). Perbuatan ini boleh ditafsirkan sebagai penderaan kanak-kanak tetapi kerajaan, melalui Kementerian Pendidikan, merestui tindakan ini.
Dua senario yang sama tetapi berbeza tindakannya. Salah apabila yang melakukannya rakyat biasa tetapi tidak bila dilakukan oleh mereka yang berkuasa.
Persoalan kedua adalah tujuan kutipan derma itu sendiri. Berapakah yang diperlukan oleh Persatuan Paralimpik Malaysia? RM10 juta? Tidak mungkin! RM1 juta? Tidak diketahui. Namun, apakah kerajaan tidak mampu membantu? Kalau kerajaan boleh membantu RM1.7 bilion ringgit untuk Tajudin Ramli, RM6 bilion untuk Putra LRT, berbilion lagi untuk Putrajaya, apakah kerajaan tidak mampu membantu atlit-atlit kurang upaya kita?
Apakah kerajaan sanggup mendera kanak-kanak untuk mengemis sedangkan kroni-kroni dibantu tanpa perlu menangis?

View Comments0