"Semua ini terbukti bahawa ada kejahilan dalam menilai bentuk seni serta makna dan peranan seni dalam kehidupan manusia. Ahli-ahli politik dan pendakwah daripada semua agama kelihatan sedang membawa watak protagonis yang sering menfitnah dan menohmah filem."

Demikian kata Hishamuddin Rais dalam artikelnya [#1]Pendakwah takut, filem dikecam[/#] (27 Februari).

Saya amat bersetuju dalam banyak-banyak perkara berkaitan tulisan kolumnis Dotmai, terutama sekali mengenai isu semasa, politik, pengalaman beliau dan kecintaan Dotmai berkaitan 'seni'.

Tetapi apabila beliau mengemukakan pandangan songsang tentang seni dari sudut "pendakwah agama", terpanggil saya untuk menasihatkan atau mencadangkan agar penulis mendalami erti seni itu sendiri dari sudut jiwa "pendakwah daripada semua agama".

Cuba ketepikan dari sudut politik, ahli politik sentiasa menangguk di air keruh. Apabila sesuatu isu itu dibangkitkan, barulah mereka "menyampuk seolah-olah hero" (siapa yang makan cili dia yang rasa pedasnya). Tindakan itu lebih bersifat 'reaktif' dan tidak 'proaktif', lantas menyumbang kepada situasi yang wujud hari ini.