Sekolah merompak di siang hari
Syed HassanPublished: Feb 27, 2001 11:12 PM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Hampir semua sekolah di Malaysia kini mengamalkan budaya 'merompak di siang hari'. Begini ceritanya:
Sekiranya seseorang mendaftar anakya di sekolah A, dia dikehendaki membayar segala yuran yang telah ditetapkan. Katakan dua minggu selepas itu anaknya mendapat tawaran untuk memasuki sekolah B (berasrama - lagi banyak bayaran yang perlu disediakan dan tidak akan dikembalikan juga) sekolah A tidak akan memulangkan yuran yang telah dibayar.
Setakat hari ini, tiada sebarang pekeliling hitam putih yang mengatakan yuran tidak boleh dikembalikan tetapi telah menjadi amalan sekolah untuk 'melupakan' tentang yuran yang dibayar walaupun anak saudara. tidak lagi bersekolah di situ.
Alasan yang diberikan ialah 'query audit' yang sukar nak dijawab.
Setiap tahun berapa ramai anak-anak murid bertukar sekolah atas sebab-sebab tertentu tetapi yang menjadi mangsa ialah ibubapa yang terpaksa mengeluarkan yuran berulangkali.
Purata yuran sekolah biasa ialah RM50. Kalau melibatkan 1,000 pelajar, berapa banyak wang yang habis begitu sahaja terperam di sekolah di mana anak kita tidak pun mendapat kemudahan daripadanya?
Tidakkah ini satu lagi rompakan di siang hari?

View Comments0