Asakan kepada Malaysiakini
MadukaPublished: Feb 16, 2001 1:01 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Sudah hampir seminggu malaysiakini diasak hebat oleh media tempatan kerana dituduh bersubahat dengan (George) Soros. Berita TV waktu perdana dan akhbar utama berbahasa Melayu menyiarkan berita mengapa akhbar 'online' tersebut harus diragui dan harus tidak dipercayai oleh rakyat Malaysia sebagai sebuah media bebas. Lemas nampaknya malaysiakini.
Rasa serba salah malaysiakini dengan serangan sebegini sebenarnya telah lama dirasai oleh akhbar dan majalah yang tidak memberi banyak kredit kepada pemimpin kerajaan. Malah sebahagiannya telah dimansuhkan langsung lesen penerbitan mereka. Dan kini tiba masanya untuk malaysiakini diletakkan ditepi jurang oleh pemerintah.
Malaysiakini sehingga kini, sememangnya rasa saya tidak pernah mendapat pengiktirafan apalagi lesen daripada kerajaan Malaysia untuk beroperasi. Ia tidak mungkin akan mendapat lesen penerbitan dari Kementerian Dalam Negeri sekiranya ia menerbitkan akhbar bercetak. Aktivitinya sehingga kini tidak mampu disekat oleh kerajaan semata-mata kerana akhbar ini adalah akhbar elektronik seperti mana Harakahdaily.
Maka tentunya dasar langit terbuka kerajaan atau negara tanpa sempadan telah memberikan sedikit ruang kepada akhbar jenis ini untuk terus beroperasi dan menjalankan kegiatan mereka tanpa boleh disekat oleh kerajaan. Kerajaan sememangnya mahu menyekat tetapi tidak mampu berbuat demikian.
Maka apa yang boleh dibuat oleh kerajaan ialah sekadar cuba menggembar-gemburkan akhbar ini sebagai akhbar yang nakal dan tidak bertanggungjawab. Rakyat Malaysia kini sedang disogokkan dengan berita agar hilang kepercayaan kepada malaysiakini.
Sebenarnya, ini adalah antara provokasi pihak tertentu daripada kerajaan terhadap malaysiakini. Kita tidak boleh menyalahkan mereka membuat provokasi seperti ini kerana ini adalah kerja dan tanggungjawab mereka.
Sementara itu, malaysiakini juga harus menganggap hal sebegini sebagai satu cabaran. Asakan sebegini hanya untuk mereka ingin melihat setakat mana keutuhan dan keteguhan para pemimpin malaysiakini. Dan sekiranya akhbar ini merasakan apa yang mereka lakukan adalah betul dan benar belaka, maka tidak ada sebab mengapa mereka harus mengalah.
Sejak perkara ini ditimbulkan oleh media perdana, saya rasakan populariti malaysiakini bukannya terjejas, tetapi ia semakin meluas dan menjadi tandantanya kepada seluruh masyarakat Malaysia. Saya yakin 'hit' pelawat malaysiakini tentunya akan meningkat dengan mendadak kerana mereka yang tidak pernah ke malaysiakini sebelum ini telah turut serta ke laman webnya.
Justeru malaysiakini seharusnya mengambil peluang ini untuk sama mengasak media tempatan kerana kata orang cara paling baik untuk bertahan ia menyerang balik. Tetapi cara menyerang balik itu seharusnya beridentitikan malaysiakini yang sebenarnya. Serang dengan penuh hikmat dan berwajaran.
Sebenarnya tidak ada isu besar berkaitan dengan Soros dan malaysiakini. Soros hanya sebagai simbol dan alasan kepada kemelesetan ekonomi 1997. Dunia ini bukan milik Soros sendiri sahaja dan juga seperti Malaysia, ia bukan hak Barisan Nasional, Umno dan pemimpin mereka sahaja.
Ada satu persoalan yang perlu ditimbulkan disini. Sekiranya benar malaysiakini menerima wang atau bantuan dari Soros, lalu apakah ini satu kesalahan? Apakah wang Soros itu haram dan wang milik Tajuddin Ramli itu tidak haram? Apakah wang hasil kutipan daripada perjudian dan kelab malam itu halal? Atau apakah wang daripada perniagaan pusat-pusat maksiat itu halal?
Malaysiakini tentunya lebih arif dan tahu kedudukan sebenar hal ini. Akhbar itu juga beberapa kali membuat kenyataan media untuk menidakkannya, tetapi kerajaan pula mempunyai pendapat berbeza dalam hal ini untuk terus mengatakan ya!
Kalau dilihat pendirian kerajaan terhadap Soros, maka tentunya tidak ada perkara yang lebih baik selain menangkap dan memenjarakan si Soros itu untuk sepanjang hayat beliau. Analogi ini tentunya tepat kalau dilihat dengan apa yang berlaku ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Kita tidak tahu agenda sebenar kerajaan terlalu bencikan Soros? Apakah kerana dia seorang Yahudi atau semata-mata kerana beliau seorang penyangak? Seandainya beliau seorang Yahudi atau Nasrani atau sebagainya, maka andaian ini sebenarnya langsung tidak tepat kerana kerajaan sendiri tidak pernah mengamalkan dasar berat sebelah terhadap beragama. Hatta kerajaan sendiri memberi banyak kredit terhadap dasar-dasar Yahudi itu sendiri.
Kalau dilihat beliau sebagai seorang penyangat mata wang, maka ada sedikit logiknya, tetapi ianya tidak boleh ditolak bulat-bulat memandangkan bukan Soros seorang sahaja yang menjadi penyangat. Sebenarnya beratus penyangak mata wang yang masih hidup dan bergelegar di negara ini.
Kerajaan sendiri banyak kali bertindak sebagai penyangak mata wang apabila menyelesaikan masalah individu tertentu menggunakan wang rakyat atau wang negara. Satu senarai panjang boleh disediakan bagaimana wang kerajaan disalahgunakan untuk projek membazir. Apakah ini bukan penyangak? Dan penyangak-penyangak ini juga yang terus melobi kerajaan dan memberi 'sponsor' untuk projek tertentu.
Isu sebenar dalam hal ini tentunya bukan pada Soros. Tetapi agenda disebalik asakan dan tekanan terhadap malaysiakini ialah tentang sambutan dan kekuatan malaysiakini sebagai penyebar maklumat tempatan semakin ketara. Harakah dikurangkan kekerapan penerbitannya dan Ekskusif ditarik balik lesennya bukan kerana Soros, tetapi kerana populariti dan kredibiliti dua penerbitan ini. Begitu juga terjadi pada beberapa penerbitan majalah lain. Matlamat akhir KDN adalah mengurangkan populariti atau mematikan penerbitan jenis ini.
Seandainya Soros mencampakan jutaan ringgit untuk menerbitkan sebuah majalah berunsur lucah dan dedah-dedah, mungkin tidak siapa dalam kerajaan akan mempedulikan hal ini.
Kesimpulannya, pihak yang diasak, malaysiakini harus meneruskan tugas mereka dan pihak yang mengasak, kerajaan, sekurangnya turut sama menumpang populariti malaysiakini.

View Comments0