Umno-PAS persidangan perpaduan nasional
Che MatPublished: Feb 15, 2001 5:49 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Pertemuan Umno-PAS sedang giat diaturkan untuk berbincang 'perpaduan Melayu' kononnya. PAS pula menghendaki pertemuan itu dipusatkan atas isu perpaduan nasional.
Benar, PAS lebih positif daripada Umno dari perspektif politik masakini.
Tapi, saya tidak mengerti bagaimana PAS boleh mencari 'perpaduan' dengan Umno yang telah terbukti sebagai sumber utama perkauman, nepotisma, perpecahan Melayu, dan sebagainya. Mungkinkah kucing boleh duduk setempat dengan si anjing?
Pada hakikatnya, yang lebih tepat dan lebih terdesak ialah persidangan perpaduan nasional, yang terdiri dari perwakilan Barisan Alternatif, parti-parti politik pembangkang lain, serta pertubuhan bukan kerajaan yang cenderung kepada demokrasi dan keadilan untuk semua, supaya konstitusi rakyat serta strategi atau langkah untuk melaksanakan konstitusi itu dirangkakan.
Pilihanraya kecil Lunas telah membuktikan bagaimana kuatnya perpaduan rakyat berbilang bangsa. Perpaduan rakyat berbilang bangsa ialah satu satunya jalan untuk mengatasi pemerintahan sungsang Umno itu. Inilah ajaran penting harus difahami oleh BA amnya dan PAS khususnya, dan harus dijelmakan atau dipadatkan dalam konstitusi rakyat nanti yang menjadi dasar perjuangan bersama rakyat Malaysia.
Keputusan parti Keadilan menolak cadangan Umno untuk mengadakan pertempuan itu memang tepat. Keapa PAS tidak boleh berbuat demikian juga?
Sekiranya PAS berdolak-dalik dengan Umno terus atas pertemuan dua parti itu, maka tidak dapat tidak ia akan melemahakan ketegasan/ketajaman BA, memberikan masa nafas kepada Umno untuk menenteramkan kucar-kacir dalaman Umno. Ini bukan saja tidak bijak, bahkan ia bercanggah dengan arus perdama politik sejak lahirnya gerakan reformasi dua tahun dahulu.
Bagaimanapun arus perdana tidak dapat dibendung, pertemuan Umno-PAS kelak mungkin mencetuskan pergelisihan di kalangan rakyat berbilang bangsa, atau ketidakpuasan antara anggota BA sendiri. Dan akhirnya, sesuatu parti yang lain daripada PAS dalam BA akan menggantikan PAS untuk memimpin BA seterusnya dan mendorong gerakan reformasi ke hadapan.

View Comments0