Kit Siang dakwa Chan 'lari' dari Parlimen
Yoges PalaniappanDiterbitkan: Nov 20, 2007 7:46 AM | Dikemas kini: Jan 29, 2008 10:21 AM
Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang mahu supaya perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Bekalan 2008 bagi Kementerian Pengangkutan ditangguhkan sehingga menteri berkenaan pulang daripada lawatannya ke luar negara minggu depan.

Dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Lim berkata, Menteri Pengangkutan, Datuk Chan Kong Choy 'lari' dari Parlimen untuk mengelak daripada menjawab soalan yang dibangkitkan mengenai skandal PKFZ.
Bernama melaporkan semalam bahawa Chan telah berlepas ke London untuk menghadiri perhimpunan Pertubuhan Maritim Antarabangsa ke-25 dan hanya akan pulang lewat minggu depan.
Lim menyifatkannya sebagai "amat tidak bertanggungjawab" kerana Chan masih lagi berada di London ketika kementeriannya dijadual menggulung perbahasan tersebut pada hari Khamis atau selewat-lewatnya Isnin depan.
"Chan tahu skandal PKFZ akan dibangkitkan dalam perbahasan tersebut kerana sejak tiga bulan Parlimen bersidang, belum ada jawapan memuaskan yang diberikan terhadap banyak isu serta persoalan yang dibangkitkan mengenai skandal tersebut," katanya.
"Isnin lalu, saya telah membantah kerana kerajaan bertindak menolak isu tersebut dari satu kementerian kepada kementerian yang lain, mengelak akauntabiliti dengan enggan memberi jawapan langsung terhadap banyak soalan penting yang telah saya kemukakan," tambahnya.
Mesti jawab di Parlimen
"Apabila ditekan berhubung isu tersebut ketika Kementerian Kewangan menggulung perbahasan, Setiausaha Parlimennya, Datuk Hilmi Yahaya meminta supaya supaya beliau dibenarkan memberi jawapannya secara bertulis.
"Sudah lebih seminggu berlalu dan saya masih belum menerima sebarang jawapan bertulis dari kepada Hilmi, manakala Chan pula lari ke London atas alasan untuk menghadiri perhimpunan (di London)," katanya.
Lim mengingatkan Chan, walaupun komitmennya di peringkat antarabangsa adalah penting, tetapi ianya tidak harus membayangi tanggunggungnya di Parlimen dan kepada rakyat Malaysia.
Katanya, Chan bukan sesiapa kepada IMO jika bukan kerana jawatannya sebagai menteri pengangkutan.
"Kerana itulah beliau tidak boleh melupakan akar umbinya dengan lari daripada tanggungjawab utamanya kepada Parlimen dan pembayar cukai di Malaysia kerana mahu mengelak memberi jawapan dan akauntabilitinya," katanya.
"Jika beliau (Chan) merasakan ianya penting untuk menghadiri perhimpunan tersebut, maka beliau boleh meminta penggulungan perbahasan tersebut diubah ke tarikh lain apabila beliau kembali dari London," kata Lim.
Lim juga berkata, beliau telah menghantar bantahan bertulis kepada Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, yang menjaga halehwal Parlimen, berhubung ketiadaan Chan itu.
Projek mahal
"Saya telah meminta supaya penggulungan perbahasan oleh Menteri Pengangkutan ditangguhkan sehingga Chan pulang dari London untuk menjawab soalan mengenai skandal PKFZ," katanya.
Peranan Chan dalam kes tersebut ialah mengeluarkan surat sokongan kepada kontraktor Kuala Dimensi Sdn Bhd berhubung RM4 bilion bon.
Menteri berkenaan tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan jaminan kewangan yang membabitkan komitmen kerajan, kerana ia hanya boleh dilakukan oleh Kementerian Kewangan selepas mendapat kelulusan kabinet.
Selepas pelbagai aduan dibangkitkan - dari dakwaan penyelewengan hinngga kepada peningkatan kos - kerajaan berkata, ia akan memberi pinjaman mudah kepada Lembaga Pelabuhan Klang bagi memastikan kejayaan projek PKFZ. Berita asal
Dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Lim berkata, Menteri Pengangkutan, Datuk Chan Kong Choy 'lari' dari Parlimen untuk mengelak daripada menjawab soalan yang dibangkitkan mengenai skandal PKFZ. Bernama melaporkan semalam bahawa Chan telah berlepas ke London untuk menghadiri perhimpunan Pertubuhan Maritim Antarabangsa ke-25 dan hanya akan pulang lewat minggu depan.
Lim menyifatkannya sebagai "amat tidak bertanggungjawab" kerana Chan masih lagi berada di London ketika kementeriannya dijadual menggulung perbahasan tersebut pada hari Khamis atau selewat-lewatnya Isnin depan.
"Chan tahu skandal PKFZ akan dibangkitkan dalam perbahasan tersebut kerana sejak tiga bulan Parlimen bersidang, belum ada jawapan memuaskan yang diberikan terhadap banyak isu serta persoalan yang dibangkitkan mengenai skandal tersebut," katanya.
"Isnin lalu, saya telah membantah kerana kerajaan bertindak menolak isu tersebut dari satu kementerian kepada kementerian yang lain, mengelak akauntabiliti dengan enggan memberi jawapan langsung terhadap banyak soalan penting yang telah saya kemukakan," tambahnya.
Mesti jawab di Parlimen
"Apabila ditekan berhubung isu tersebut ketika Kementerian Kewangan menggulung perbahasan, Setiausaha Parlimennya, Datuk Hilmi Yahaya meminta supaya supaya beliau dibenarkan memberi jawapannya secara bertulis.
"Sudah lebih seminggu berlalu dan saya masih belum menerima sebarang jawapan bertulis dari kepada Hilmi, manakala Chan pula lari ke London atas alasan untuk menghadiri perhimpunan (di London)," katanya. Lim mengingatkan Chan, walaupun komitmennya di peringkat antarabangsa adalah penting, tetapi ianya tidak harus membayangi tanggunggungnya di Parlimen dan kepada rakyat Malaysia.