Batalkan debat: Pemuda Umno pengecut
Ein AzmiPublished: Jan 19, 2001 11:56 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Ketua Pemuda PAS Mahfuz Omar hari ini menggelar rakan sejawatnya dari Umno, Datuk Hishammuddin Hussein sebagai "pengecut."
"Jika Umno berada di pihak yang benar, mereka sepatutnya berani untuk mempertahankan kebenaran tersebut, bukannya menjadi pengecut," kata pemimpin pembangkang itu dalam suratnya kepada Hishammuddin, sebagai membalas surat pembatalan debat daripada Umno.
"Penolakan Pemuda Umno untuk berdebat ini menggambarkan bahawa Umno sangat takut untuk berdepan dengan kebenaran dan kebangkitan rakyat."
Dalam salinan surat yang dikirim semalam dan diedarkan kepada pihak media hari ini, Mahfuz berharap Hishammuddin menimbangkan semula keputusan pembatalan itu "untuk masa depan orang Melayu."
"(Keputusan Umno) ini adalah pengakuan senyap Pemuda Umno bahawa mereka bertanggungjawab terhadap pencabulan hak istimewa orang Melayu yang berlaku hari ini," kata Mahfuz lagi.
Beliau juga mempertikaikan sikap Umno yang sering mendakwa beberapa pihak seperti PAS, Parti Keadilan Nasional atau jawatankuasa Suqiu terlibat mencabul hak istimewa Melayu.
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Akhbar Menteri Penerangan, Zulkifli Valentino ketika dihubungi pagi tadi menjelaskan Tan Sri Khalil Yaakob akan memulakan perbincangan dengan rakan sejawatnya Setiausaha Agung PAS, Nasharuddin Mat Isa apabila pemimpin pembangkang itu pulang dari luar negara akhir bulan ini.
"Beliau (Tan Sri Khalil) telah pun menetapkan pertemuan untuk berbincang," ulas Zukri mengenai perkembangan terkini perbincangan kedua-dua parti tersebut.
Pertemuan setiausaha dua parti itu bertujuan menetapkan format, tempat dan agenda-agenda yang akan dibincangkan berhubung isu perpaduan Melayu.

View Comments0