Surat teguran rasmi kepada Al Jazeera
Published: Nov 12, 2007 11:54 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Kementerian Penerangan akan menghantar surat teguran rasmi kepada stesen televisyen satelit antarabangsa, AL Jazeer kerana didakwa membuat laporan berat sebelah mengenai perhimpunan Bersih di ibunegara Sabtu lalu.

Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata, Al Jazeera tidak sewajarnya berkonspirasi dengan pihak pembangkang dengan melaporkan sumber daripada penulis blog sebagai wartawan kerana penulis itu sebenarnya penyokong DAP.
"Mereka sepatutnya mendapat pandangan yang tepat tentang Malaysia bagi mengelakkan mereka mempunyai persepsi yang salah," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Angkasapuri hari ini.
Laporan Bernana memetik Zainuddin sebagai berkata, agensi berita itu telah membuat laporan seolah-olah keganasan dilakukan oleh polis untuk menyuraikan perhimpunan itu sedangkan mereka disuraikan menggunakan semburan air dan gas pemedih mata.
"Al Jazeera telahpun mempunyai 'preconceived mind' (tanggapan) dan tertipu dengan dakwaan kononnya 100,000 orang akan menyertai perhimpunan tersebut," katanya.
Tindakan polis
Menurutnya, pertanyaan pengacara Al Jazeera kepada beliau berhubung perhimpunan itu menggambarkan kononnya pihak polis bertindak keras sedangkan polis hanya menggunakan tindakan yang minimum.
Malah, katanya, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) telah menyatakan polis mengawal perhimpunan haram itu mengikut peraturan dan tidak menggunakan sebarang senjata dan kekerasan.
Menurut Zainuddin lagi, agensi itu sewajarnya memainkan peranan untuk merapatkan hubungan antara Malaysia dan dunia bebas dengan memberi gambaran sebenar tentang Malaysia, bukannya menimbulkan perasaan buruk antara Malaysia dengan negara barat atau sebaliknya.
"Al Jazeera seharusnya tidak menggunapakai demokrasi CNN dalam membuat laporan tetapi menggunakan etika BBC supaya mereka tidak dilihat sebagai mempromosikan Amerikanisme kerana Malaysia belajar lebih lama mengenai demokrasi dari British," katanya.
Beliau berkata Al Jazeera juga sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang memberi tempat kepadanya untuk beroperasi di sini.

View Comments0