Presiden PAS ucap syabas pada rakyat
Diterbitkan: Nov 12, 2007 6:23 AM | Dikemas kini: Jan 29, 2008 10:21 AM
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan syabas dan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira agama, keturunan dan fahaman politik, yang telah turun berama-ramai untuk menjayakan perhimpunan aman anjuran Bersih Sabtu lalu.

"Ternyata perhimpunan aman Bersih itu telah berjaya walaupun terdapat usaha untuk menggagalkannya dari berbagai pihak.
"Mudah-mudahan semangat dan daya juang yang telah ditunjukkan oleh rakyat Malaysia untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil itu, akan berterusan sehinggalah ianya dipenuhi oleh pihak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR)," kata Abdul Hadi dalam satu keyataan hari ini.
Sesungguhnya, tambah beliau, demokrasi yang diamalkan di negara ini tidak akan memberikan sebarang makna sekiranya sistem pilihanrayanya pincang dan tempang.
Abdul Hadi turut mengucap tahniah khas kepada Unit Amal Malaysia di bawah Dewan Pemuda Pas pusat, yang menurutnya, telah berjaya menjalankan tugas dengan penuh berani, amanah dan dedikasi.
Unit Amal M'sia
"Dan hakikat ini bukan hanya diiktiraf oleh pihak PAS, malah semua yang hadir termasuklah kebanyakan lamanweb bukan PAS yang turut mengiktiraf dan menghargai peranan Unit Amal Malaysia itu," tambahnya.
Menurutnya lagi, pimpinan dan seluruh ahli dan penyokong PAS berbangga dengan keberanian, amanah dan dedikasi anggota unit tersebut yang bertugas pada hari tersebut, khasnya di kawasan Masjid Jamek.
Katanya, ia sekaligus telah mengharumkan nama parti di kalangan orang-ramai termasuklah media antarabangsa yang membuat liputan.
"Ternyata pihak penganjur dengan bantuan Unit Amal Malaysia mampu untuk memastikan kelicinan dan ketenteraman mereka yang berhimpun secara aman pada hari tersebut.
"Dan jika ianya berjalan tanpa gangguan, sudah pasti tiada tangkapan atau penyuraian secara paksa perlu dilakukan. Semoga perjuangan munri kita ini akan beroleh kejayaan, insyallah," tambah Abdul Hadi.
"Ternyata perhimpunan aman Bersih itu telah berjaya walaupun terdapat usaha untuk menggagalkannya dari berbagai pihak. "Mudah-mudahan semangat dan daya juang yang telah ditunjukkan oleh rakyat Malaysia untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil itu, akan berterusan sehinggalah ianya dipenuhi oleh pihak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR)," kata Abdul Hadi dalam satu keyataan hari ini.
Sesungguhnya, tambah beliau, demokrasi yang diamalkan di negara ini tidak akan memberikan sebarang makna sekiranya sistem pilihanrayanya pincang dan tempang.
Abdul Hadi turut mengucap tahniah khas kepada Unit Amal Malaysia di bawah Dewan Pemuda Pas pusat, yang menurutnya, telah berjaya menjalankan tugas dengan penuh berani, amanah dan dedikasi.
Unit Amal M'sia
"Dan hakikat ini bukan hanya diiktiraf oleh pihak PAS, malah semua yang hadir termasuklah kebanyakan lamanweb bukan PAS yang turut mengiktiraf dan menghargai peranan Unit Amal Malaysia itu," tambahnya.
Menurutnya lagi, pimpinan dan seluruh ahli dan penyokong PAS berbangga dengan keberanian, amanah dan dedikasi anggota unit tersebut yang bertugas pada hari tersebut, khasnya di kawasan Masjid Jamek. Katanya, ia sekaligus telah mengharumkan nama parti di kalangan orang-ramai termasuklah media antarabangsa yang membuat liputan.