Dipedaya muslihat BN
Anak MalaysiaPublished: Feb 2, 2001 6:50 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Surat Sam Chan ([#1]People Power: Can we pay the price?[/#] Feb 1) merupakan contoh keberkesanan Barisan Nasional yang telah berpuluh-puluh tahun mempermainkan unsur perkauman (mahu tak mahu, Umno, MCA and MIC adalah parti politik perkauman seperti yang jelas terkandung dalam perlembagaannya yang menyatakan tidak boleh menerima kaum asing menyertai organisasinya).
Penulis takut tindakan menutup sebarang sekolah Cina, melenyapkan daging tidak halal, kehilangan tayangan cerita Cina TV dan akhirnya mengislamkan semua rakyat secara perlahan sekiranya Keadilan menjadi kerajaan. Bukankah masyarakat Cina sedang menghadapi keadaan yang dikatakan itu sekarang juga bersama Barisan Nasional?
Perindustrian penternakan babi yang mendatangkan berjuta-juta ringgit pendapatan luar negeri lesap semasa BN menjadi kerajaan. Tidak usahlah menceritakan penderitaan yang dialami pengusaha-pengusahanya serta keluarga mereka.
Sekolah rendah jenis kebangsaan Cina yang berjumlah 1,300 lebih pada tahun 1980an menjadi lebih kurang 1,200 menjelang 2000 - bertambah bilangan penduduk kaum Cina berkurangnya pula bilangan sekolah. Bukankah BN yang menjadi kerajaan sepanjang waktu ini?
Tayangan cerita Cina TV yang bertambah itupun kerana lumayan stesen TV menayangnya, bukan kerana BN menyokongnya dengan sesungguh.
Walaupun saya bukan seorang Muslim, berani saya mengatakan pendapat penulis tidak mempunyai pengetahuan yang memadai berkenaan agama Islam, malahan politik semasa negara kita yang tercinta ini. Yang lebih menonjolkan Islam itu sepatutnya PAS, bukan Keadilan. Lagipun ajaran Islam sebenarnya menegakkan keadilan, penghormatan terhadap manusia tidak mengira kaum dan latar belakang, kebebasan kepercayaan dan keprihatinan kepada golongan yang susah.
Segala yang difikirkan oleh penulis itu adalah akibat maklumat yang disarankan oleh BN di mana MCA sentiasa mengingatkan masyarakat Cina tentang peristiwa Mei 13, 1969, memberitahu masyarakat Cina supaya jangan membuat kacau terhadap masyarakat Melayu, jangan membincangkan langsung (bukan mempersoalkan) hak keistimewaan Bumiputra, jangan menentang segala pendirian BN, kerana jika masyarakat Cina berbuat demikian, bolehlah hidup aman, makan daging babi dan tengok filem Hong Kong.
Tidakkah penulis menyedari inilah taktik BN mempermainkan perasaan takut masyarakat Cina dan perasaan angkuh Melayu. Semakin kita merenung kepada pendapat sebegini, semakin kita rakyat Malaysia berbelah-bahagi, selamatlah dasar pentadbiran pecah-perintah diamalkan di tanah air ini.
Penulis memunujukkan 'kemodenan' dirinya yang dapat berada di Amerika Syarikat menyaksikan segala skandal, kes rasuah, diskriminasi yang dikatakan kelemahan demokrasi. Saya menghormati Amerika Syarikat atas perkara-perkara tersebut kerana setiap kes itu dibongkarkan, dilaporkan, disiasat dengan teliti dan dihadapkan ke mahkamah secara adil - itu yang kekurangan di tanah air ini!
Menyaksikan segala peritiwa derita ekonomi dan kehakiman menimpa negara kita, tidak cukupkah kita 'membayar' di bawah pimpinan BN? Kalau tidak lempah kurnia Tuhan minyak petroleum, lagi teruk kita berbanding Indonesia dan Filipina.

View Comments0